Telefon Subsidi YES Terbakar PDPR

Tak Sampai Sebulan Pakai Untuk PDPR, Telefon Pintar Subsidi Terbakar

Tak Sampai Sebulan Pakai Untuk PDPR, Telefon Subsidi Jenama YES Terbakar.

Tular mengenai perkongsian netizen apabila telefon pintar jenama YES yang tidak sampai sebulan digunakan anak buahnya terbakar ketika mengikuti kelas dalam talian.

Memetik sumber MalaysiaKini, kejadian berlaku di depannya ketika berada dalam rumah namun berasa lega kerana tiada yang tercedera.

Mengulas lebih lanjut, dia yang merupakan seorang guru tadika berkata, suaminya membantu anak saudara mereka untuk memohon peranti di bawah program Jaringan Prihatin tetapi tidak menambah wang sendiri kerana mengambil kira keadaan kewangan mereka.

Ujarnya, mereka memohon telefon pintar kerana peranti yang digunakan sebelum ini sudah lama dan perlahan. Namun, telefon pintar yang diterima itu dikatakan cepat panas dan baterinya tidak bertahan lama.

Sejak tahun lalu, kita diperkenalkan dengan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam sistem pendidikan Malaysia.

Telefon Subsidi YES Terbakar PDPR

Ia dilihat sebagai kaedah terbaik oleh kerajaan buat masa ini memandangkan kita semua perlu menjaga penjarakan sosial dan perlu bekerja dari rumah.

Bagaimanapun, kaedah ini telah memberi kesan besar kepada sesetengah golongan berpendapatan rendah kerana tidak mampu untuk mendapatkan peranti atau akses internet.

Bagi mengatasi masalah itu, kerajaan mengumumkan program Jaringan Prihatin bernilai RM2.5 bilion yang menyasarkan golongan isi rumah berpendapatan rendah.

Difahamkan, telefon jenama YES itu ditawarkan pada harga RM200 jika dibeli menerusi satu promosi pelan data.

Perkara ini turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang menyelar tindakan kerajaan memberikan telefon pintar berkualiti rendah.

Beliau mendakwa, kerajaan sengaja memberikan telefon pintar berkualiti rendah kepada pelajar kerana beranggapan mereka akan menggunakannya bagi tujuan lain seperti bermain permainan video.

Terdahulu, Syed Saddiq juga menggesa kerajaan mengutamakan aspek kualiti kerana pelajar akan menggunakan aplikasi yang memerlukan ruang peranti besar untuk melaksanakan sesi PdPR.

Ia berkaitan dengan isu kerajaan Perak mengedarkan 20,000 telefon pintar kepada pelajar dari keluarga B40 bagi program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) kerana didakwa telefon yang dibekalkan itu tidak erkualiti termasuk dari segi kamera, jangka hayat bateri, dan tidak sesuai bagi pemasangan perisian tertentu.

Exco Pendidikan Perak mengatakan pengedaran telefon pintar terbabit dikhususkan untuk pembelajaran semata-mata dan jika ada pelajar merungut, itu hanyalah kerana mereka bermain permainan video dan perkara luar bidang pembelajaran.

Sumber: MalaysiaKini, Harian Metro