Terlampau Kreatif, Ada ‘Seller’ Jual Bulu Pelbagai Bentuk Di Shopee 3

Bila ‘Seller’ Terlampau Kreatif, Bulu Pelbagai Bentuk Pun Boleh Dijual Di Shopee

Terlampau kreatif, ada seller yang jual bulu pelbagai bentuk di Shopee.

Jika sebelum ini ada seller yang menjual barang yang tidak dituntut dari gudang China dalam bentuk kotak misteri di Shopee.

BACA: Ala Kotak Misteri, ‘Seller’ Shopee Jual Barang Tak Dituntut Dari Gudang China

Menurut keterangan yang disediakan, antara maklum balas daripada pembeli, ada antara mereka yang menerima tempered glass, pen, putik kapas, vitamin tanah dan mungkin juga sampah jika tidak bernasib baik.

Kali ini, ada satu lagi ‘benda kreatif’ tetapi agak menjijikkan yang dijual di Shopee, iaitu bulu.

Terlampau Kreatif, Ada ‘Seller’ Jual Bulu Pelbagai Bentuk Di Shopee 1

Bulu ini bukan bulu biasa, tetapi bulu yang sudah ditrim dan dihias dalam pelbagai bentuk. Tugas pembeli hanya pilih mana yang berkenan dan buat pembayaran.

Terlampau Kreatif, Ada ‘Seller’ Jual Bulu Pelbagai Bentuk Di Shopee 2

Menurut keterangan seller Shopee yang men jual produk berasaskan bulu ini, ianya merupakan rambut manusia yang dijual sebagai sticker yang boleh digunakan secara umum (lelaki dan perempuan).

Harga pula boleh didapati bermula RM50 sehingga RM112.

Adakah anda dalam golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun atau pun merupakan pelajar?

Menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), kerajaan telah memperkenalkan bantuan kredit RM150 dalam Program eBelia khas untuk golongan belia dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.

Bagi merancakkan kembali ekonomi negara yang tidak ketinggalan terjejas susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia, Program eBelia ini bertujuan menggalakkan belia untuk melakukan transaksi tanpa tunai dalam kalangan golongan belia dalam negara.

Jika anda pengguna tegar platform pembelian dalam talian terbesar, Shopee, kami mencadangkan agar anda menebusnya di sana untuk mendapatkan ekstra RM500!

Cara untuk tebus eBelia di Shopee ini mudah sahaja.

  1. Aktifkan dan sahkan akaun ShopeePay anda.
  2. Tebus eBelia dalam bulan Jun dan dapat ganjaran.