Coca Cola Rugi Gara-Gara Ronaldo

Coca-Cola Rugi RM16.4 Bilion Gara-Gara Perilaku Ronaldo Ini

Coca-Cola Rugi Gara-Gara Ronaldo.

Seseorang yang berpengaruh tentunya menjadi tumpuan dalam masyarakat. Apa sahaja tindak-tanduk mereka jika dipertontonkan kepada dunia akan dinilai.

Misalnya, perilaku Cristiano Ronaldo mengetepikan dua botol Coke pada sidang media telah menyebabkan nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion).

Pemain Portugal itu yang menjaringkan dua gol lewat permainan ketika mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Hungary malam tadi telah mengejutkan banyak pihak disebabkan tindak-tanduknya itu.

Ronaldo menasihatkan orang ramai mengambil minuman air kosong ketika berdepan media sambil mengetepikan dua botol Coke di atas mejanya.

Perilaku Ronaldo ternyata memberi kesan yang besar kepada syarikat Coca-Cola. Kejadian yang dinamakan ‘Cristiano moment’ itu membuat Coca-Cola rugi berbilion dolar AS.

Harga saham Coca-Cola jatuh merundum daripada AS$56.10 (RM231) kepada AS$55.22 (RM227.39 sen).

Coca Cola Rugi Gara-Gara Ronaldo

Respon Coca-Cola terhadap tingkah laku Ronaldo

Syarikat minuman berkarbonat itu mengeluarkan kenyataan bagi membalas tindakan Ronaldo dengan menyatakan setiap orang mempunyai hak untuk memilih minuman mereka.

Jurucakap minuman itu berkata, “Pemain diberikan air kosong bersama Coca-Cola dan Coca-Cola tanpa gula apabila tiba di sidang media.”

Ronaldo dikenali sebagai atlet sukan yang mengamalkan diet yang ketat dan mengelak daripada mengambil terlalu banyak gula untuk mengekalkan fizikalnya berikutan usianya semakin meningkat.

Semasa di Real Madrid, doktor pasukan berkata Ronaldo mempunyai tubuh seorang pemain 10 tahun lebih muda dan mampu beraksi di pentas tertinggi sehingga usia 40 tahun.

Ketika syarikat minuman itu berusaha menyelamatkan imej mereka, Ronaldo memberi reaksi seperti biasa di atas padang apabila mempamer aksi cemerlang ketika bertemu Hungary.

Sumber: The Athletic