thermomix

Lelaki Ini Kongsikan Sebab Anda Tak Perlukan Thermomix

Thermomix merupakan idaman setiap suri rumah kerana membantu dalam proses memasak dengan mudah.

Walau bagaimanapun, ia merupakan mimpi ngeri buat para suami untuk menuruti permintaan isteri untuk memiliki produk ini kerana harganya yang tidak berapa mampu milik.

Pada penulisan kali ini, seorang pengguna akaun Facebook, Ben Safwan berkongsi pandangan tentang perlu atau tidak memiliki alat ini. Jom kita baca.

Teruja dengan Thermomix

thermomix

Untuk yang mengidam, teruja nak beli Thermomix TM6, elok kilas pandang baca penulisan Ben. Lepas tu buatlah keputusan anda.

Ketepikan dahulu bab marketing. Bab artis/influencer/YouTuber yang dibayar/diberi cuba pakai Thermomix.

Yang kena fikir betul-betul sebab anda. Anda tak dibayar, tapi membayar serta guna mesin +- 7 ribu ini cash atau ansuran 584 untuk 12 bulan dengan kad kredit. Ketepikan bab akses kepada 50,000 resepi dulu. Hype-hype ni letak tepi.

Kita tengok fakta. Kalau anda betul-betul perlu, belilah. Kalau sekadar ikut trend/nafsu, baca dulu. Sangat penting untuk anda tahu bagi elakkan teruja pada awalnya tapi tersimpan dalam kotak di dalam kabinet dapur untuk seterusnya.

Secara asasnya, Thermomix TM6 fungsinya pengisar, pengukus, pengadun dan multipurpose cooker. Bakar tak boleh. Perlu dibakar asing dalam oven.

Anda tak boleh goreng ayam dan goreng ikan dalam Thermomix TM6 ni sedangkan itu antara menu harian.

Dan jangan silap, ianya bukan macam anda fikirkan. Masukkan bawang, masukkan ayam, masukkan perasa sekali harung terus siap. Bukan begitu.

Tetap ada step by step. 50 ribu resepi tu dalam pelbagai bahasa. Anda search resepi rendang daging contohnya, dia keluar resepi, anda kena sediakan dulu bahan dan masukan ikut step ke dalam balang.

Tu Ben takut dari banyak-banyak function, akhirnya yang anda guna ialah pengisar sahaja.

Kalau anda jenis duit banyak boleh beli cash, masih tiada pengisar, pengukus, mixer, dapur gas, tak kisah pasal kualiti rasa, healty person, memang Ben rekomenkan.

Tapi kalau dah ada pressure cooker yang jarang-jarang digunakan, air fryer yang dah mula berhabuk, oven yang dah tersadai lama sebab selesa guna dapur gas harian, ianya tak sesuai untuk anda!

Sayangilah duit tu.

thermo

Fungsi yang paling menonjol ialah contohnya ayam masak merah: anda kisar bahan kisar (bawang merah, bawang putih, halia, cili kering), lepas tu tanpa keluarkan dari pengisar, tambah minyak dan tekan setting untuk menumis, tambahkan bahan basah dan perasa dan setting lagi untuk bahan berputar dan siap.

Ini cara paling laju dan senang Ben berikan guna Thermomix TM6 ni.

Ya nampak best, nampak senang, jimat masa, tapi cuba bandingkan dengan cara dapur gas di bawah ni dari segi kualiti.

Kisar dalam blender bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak, baru masukkan cili kisar, lepas tu biar pecah minyak lagi. Letak gula melaka sikit, air asam jawa sikit, lepas tu ayam yang digoreng 3/4 masak.

Kacau sampai sedikit kering. Siap.

Kualiti rasa yang mana anda suka?

Keluarga anda 4 orang. 2 dewasa & 2 anak. Ya, sesuai. Tapi kalau ramai, tak sesuai. Sebabnya kalau masukkan ayam 1.3 kilo, dah tak berapa muat dah sebabnya bekas bawah hanya 2.2 liter.

Yang orang asyik cakap-cakap boleh masak 3 masakan sekali gus, wow hebatnya.

Tapi anda kena tahu. Ianya terdiri daripada:

  • Bawah sekali – dalam bekas 2.2 liter ialah air dan bekas nasi
  • Tengah – kukus ayam kicap cair
  • Atas – kukus ikan siakap lemon

Tak boleh bawah masak nasi atas menggoreng dan sebagainya.

Kalau nak merendang, gulai, kena guna satu-satu iaitu di bahagian bawah sahaja tapi seperti Ben cakap, kualiti rasa masakan kena letak di bawah sedikit dari yang dimasak atas dapur.

Anda jimat sedikit masa bab basuh bekas/periuk bila guna ni sebabnya hanya guna satu balang 2.2 liter untuk semuanya tapi kualiti rasa berbeza berbanding kalau masak atas dapur.

Kena basuh bekas pengisar, kuali dan lap dapur tapi kualiti rasa yang anda mahu. Bagi Ben tiada masalah untuk kerja lebih sedikit dan berpuas hati dengan hasil masakan.

Thermomix TM6 tak sesuai kalau anda nak sediakan masakan yang main dengan suhu.

Contoh anda goreng bihun. Ya, dalam Thermomix boleh masak mihun. Dan boleh tambah masa,tambah suhu juga.

Tapi ianya tak sama dengan anda besarkan api dalam kuali untuk keringkan mihun, bagi bau kuali dan sebagainya.

Rasa dah panjang dah Ban tulis dan anda dapat bayangan perlu ke tak sebenarnya Thermomix TM6 ni sebelum anda beli tunai atau ansuran.

Atau simpan beli emas 999/RM251 per gram yang anda akan dapat 27.8 gram yang boleh dijual/digadai ketika kecemasan?

Kalau emas perhiasan 916 lagilah berat di tangan tu.

Kalau anda tiada masalah kewangan, terlebih mampu bayar tiada masalah. Tapi jika sebaliknya, buat loan personal, buat kutu, buat ansuran, fikirlah sebaiknya.

Penulisan Ben ni selepas Ben kaji dan tengok sendiri video-video masakan menggunakan Thermomix TM6.

Di bawah ini ialah hasil masakan yang Ben pastikan sendiri adalah sebenar dan dari Themomix TM6.

Menarik ke tak? Terpulang pada anda.

Tepuk otak tanya fakta yang Ben dah tulis. Fikir betul-betul sebabnya ianya bukan duit Ben, tapi duit anda. Ben tulis sebab sayang kawan-kawan masakan maya Ben ni 😁

photo_2021-06-14 09.02.21

Yang belum kenal Ben, cakap Ben tak reti masak, hanya tahu berkira, tak nak tolong isteri, sila ke wall Ben atau ke album Ben dulu tengok kenali siapa Ben.

Baru kita boleh jadi kawan masakan di media sosial ni.

Itulah perkongsian daripada beliau. Terpulang kepada poket masing-masing.

Sekiranya anda tercari-cari minyak masak keluaran bumiputera yang pastinya dijamin halal, boleh layari di sini.

Sumber: Ben Safwan