1

Aksi Perompak Berkerusi Roda Ini Jadi Bahan Ketawa, Dilabel Terlalu Amatur Untuk Negara Paling Bahaya Di Dunia

Di media sosial hari ini, tular beberapa keping gambar seorang remaja lelaki di atas kerusi roda ‘memegang’ sepucuk pistol di kakinya. Aksi perompak berkerusi roda ini jadi bahan ketawa sehingga dilabel sebagai telalu amatur.

BACA: Tetap Utamakan SOP, Perompak Pakai Topeng Muka Dan Guna ‘Hand Sanitizer’ Sebelum Merompak

Gambar tersebut menjadi tular sehingakan dikongsi oleh beberapa akaun media sosial rakyat Malaysia.

Aksi Perompak Berkerusi Roda Ini Jadi Bahan Ketawa, Dilabel Terlalu Amatur Untuk Negara Paling Bahaya Di Dunia 2
Sumber: Thompson Ramos Pereira

Untuk pengetahuan anda, remaja berkenaan dilaporkan telah menyerang sebuah kedai barangan kemas di Brazil dengan mengacukan pistol kepada pekedai menggunakan kakinya pada Mei 2020.

Dalam klip video tersebut, suspek berusia 19 tahun (pada ketika itu) didapati masuk ke dalam kedai emas dengan memakai topeng pelitup muka sebelum melakukan cubaan merompak.

Menurut sumber media tempatan, suspek yang juga bisu telah menyerahkan sekeping nota kepada juruwang untuk kekal tenang dan menyerahkan semua wang tunai yang ada kepadanya.

Namun, kasihannya ugutan berkenaan langsung tidak ditakuti malah juruwang tersebut langsung tidak menghiraukan suspek yang masih mengacukan pistol kepadanya.

Tidak lama kemudian, polis sampai ke tempat kejadian dan menahan suspek perompak berkerusi roda tersebut. Selain pistol yang didapati hanyalah mainan, polis kemudian mendapati suspek juga menyimpan sebilah pisau dapur di kerusi rodanya.

Aksi Perompak Berkerusi Roda Ini Jadi Bahan Ketawa, Dilabel Terlalu Amatur Untuk Negara Paling Bahaya Di Dunia 3
Sumber: Thompson Ramos Pereira

Selepas ditahan, suspek dibebaskan kerana dianggap sebagai pihak polis sebagai tidak berisiko untuk lari dengan mengambil kira keadaannya yang berkerusi roda tetapi mendakwa beliau dengan tuduhan cubaan merompak.

Aksi suspek menjadi bahan ketawa di media sosial terutamanya apabila suspek memiliki kerakyatan dari negara yang termasuk dalam salah sebuah negara paling bahaya di dunia iaitu Brazil.

Malah ada juga yang melabelnya sebagai terlalu amatur untuk berada di Brazil.

Aksi Perompak Berkerusi Roda Ini Jadi Bahan Ketawa, Dilabel Terlalu Amatur Untuk Negara Paling Bahaya Di Dunia 4

Sebelum ini di India, aksi perompak yang mematuhi SOP pengawalan penyakit berjangkit COVID-19 sebelum merompak kedai emas menjadi perhatian.

Nak tahu kenapa?

Sebab perompak tetap utamakan SOP memasuki premis walaupun kemasukan mereka adalah bertujuan untuk melakukan jenayah.