WISH DRAGON

Pengalaman Berbeza Bila Tonton ‘Wish Dragon’ Dalam Bahasa Jepun

Baru sahaja ditayangkan di Netflix, filem animasi fantasi komedi Wish Dragon ini sangat menarik untuk ditonton. Tapi tonton Wish Dragon dalam Bahasa Jepun?

Diarahkan oleh Chris Appelhans dengan kerjasama beberapa studio perfileman, filem Amerika-China ini sangat menarik untuk ditonton seisi keluarga.

Wish Dragon mengisahkan mengenai Din, seorang pelajar kolej yang memiliki impian yang besar dalam hidupnya yang bekerja sampingan sebagai penghantar makanan bagi menampung wang perbelanjaan keluarganya.

Pada satu hari, Din bertemu dengan seorang pelanggan yang mendakwa dirinya sebagai dewa dan memberikannya sebiji teko hijau mini sebagai ‘bayaran’ untuk makanan yang dipesan.

Pengalaman Berbeza Bila Tonton ‘Wish Dragon’ Dalam Bahasa Jepun 3

Apabila penutup teko tersebut dibuka, keluarlah seekor naga berwarna merah jambu yang memperkenalkan dirinya sebagai Long, yang mampu mengabulkan tiga permintaan Din. *Ya, konsep yang sama seperti filem Aladdin.

BACA: Dengar Lagu ‘Aladdin – A Whole New World’ Dalam 20 Alih Bahasa

Dalam masa yang sama, Din yang sudah lama terputus hubungan dengan sahabatnya semasa kecil, Li Na menjadikan Long sebagai medium untuk tampil hebat di depan Li Na.

Namun ada beberapa konflik yang berlaku sehingga Din dan Long menjadi buruan pihak yang mahukan keistimewaan yang sama.

Pengalaman Berbeza Bila Tonton ‘Wish Dragon’ Dalam Bahasa Jepun 1

Untuk pengetahuan anda, Wish Dragon ditawarkan dalam beberapa bahasa antaranya Bahasa Inggeris (bahasa asli), Bahasa Kantonis, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun.

Mungkin ada antara anda yang gemar menonton sesebuah filem dalam bahasa aslinya. Namun, jika anda mahukan kelainan dan pengalaman berbeza, bolehlah tonton Wish Dragon dalam Bahasa Jepun.

Ini kerana setiap dialog yang dituturkan tersangatlah kena dan tidak kelihatan kekok seperti kebanyakan filem/drama yang lain.

Jika anda memilih Bahasa Mandarin, anda boleh mendengar suara watak Long dijayakan oleh Jackie Chan.

Sebelum itu, apa kata anda tonton dahulu trailer Wish Dragon di pautan bawah: