ustaz tido

Dakwah Unik Ustaz TIDO Tarik Perhatian Gadis Ini Untuk Mengenali Islam

Sebagai umat Islam, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk meneruskan usaha dakwah tak kira masa di mana jua selagi termampu.

Seperti Ustaz Ebit Lew, beliau sanggup bersusah payah sehingga sanggup turun ke Sabah untuk membantu penduduk Bajau Laut mengenali Islam. Begitu juga dengan salah seorang anak didiknya, Ustaz Tido, di mana beliau menggunakan mendium penstriman online untuk bermain game sambil berdakwah.

Bolehkah berdakwah sambil main game? Inilah yang diulas oleh seorang pengguna Facebook, Syahnaz Akhtar Mat Ali tentang keunikan dakwah cara Ustaz Tido. Jom kita baca dengan lebih lanjut di bawah.

Dakwah Cara Ustaz TIDO

1. Ramai yang mungkin mengenali ustaz ini sebagai kembar kepada Ustaz Ebit Lew kerana wajah dan gaya pertuturan beliau memang seakan-akan sama seperti Ustaz Ebit sendiri. Panggilan ‘glamer’ sebagai Ustaz ‘TIDO’ merujuk kepada Taqlim, Iman, Dakwah Orang. Pengikut beliau di Instagram kini sudah pun hampir mencecah 50 ribu dan 475 ribu di FB.
ustaz tido
2. Individu bernama Khailil Razak ini adalah merupakan seorang pendakwah dan usahawan yang sebenarnya merupakan anak didik Ustaz Ebit Lew. Beliau juga sering bergiat aktif dalam aktiviti kebajikan dengan memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan, sama seperti apa yang dibuat oleh gurunya.

3. Hari ini, saya ada menonton video Ustaz TIDO di FB dan beliau menggunakan pendekatan yang sedikit berbeza dan mungkin tidak pernah dibuat oleh pendakwah lain di Malaysia. Ustaz TIDO kini mula dikenali oleh anak-anak muda di platform Ome TV dan juga sebagai ‘gamer’ PUBG.

4. Di Ome TV, Ustaz TIDO berpeluang mendekati golongan muda dan berdakwah cara santai sahaja. Sambil berbual, beliau turut memberi nasihat serta mohon izin untuk alunkan zikir atau salawat untuk didengari mereka. Banyak juga ‘bintang’ yang beliau terima ketika bersiaran secara ‘live’ bersama pengikutnya.
5. Ada satu sesi video ustaz yang menarik perhatian saya, seorang gadis cantik bernama Bell muncul di skrin Ome TV ustaz. Pada awalnya Bell kelihatan muram, namun tetap memberi salam kepada ustaz sebelum memulakan perbualan. Sebelum itu, ada juga individu yang ‘skip’ skrin bila melihat ustaz dengan kopiah putihnya, tetapi tidak bagi Bell.
6. Setelah beberapa ketika mereka berbual, ramai penonton terkesima dan juga terharu apabila dapat tahu Bell sebenarnya bukan beragama Islam dan merupakan seorang Kristian. Namun, banyak soalan Bell kepada ustaz adalah berkisar tentang solat, bacaan Al-Fatihah dan hadith nabi yang patut beliau ikuti. Ustaz juga tidak menyangka, kerana di awal perbualan Bell ada memberi salam dengan lancar.
7. Setelah mendengar cerita, rupanya Bell memang telah lama berniat untuk mendalami agama Islam. Hidayah tersebut muncul setelah Bell mendapat satu mimpi, cuma khuatir tidak direstui oleh orang tua nanti. Bell bertanya lagi kepada ustaz, “adakah saya dianggap anak derhaka?”
8. Dipendekkan cerita, setelah ustaz menerangkan satu persatu persoalan yang dibangkitkan oleh Bell, wajah beliau yang muram di awal pertemuan akhirnya telah berganti dengan senyuman. Apatah lagi bila ustaz turut menawarkan sumbangan supaya Bell dapat belajar membaca Al-Quran.
9. Hendak berdakwah ada banyak cara sebenarnya. Dengan pendekatan berbeza yang dilakukan oleh Ustaz TIDO, tidak mustahil ramai lagi anak muda akan tertarik untuk mendalami Islam atau pun dapat kembali ke pangkal jalan.
Untuk yang ingin menonton rakaman bagaimana Ustaz TIDO berkongsi dakwahnya bersama Bell, boleh lihat di sini.
Kepada anda yang ingin membeli sambil menyumbang bagi membantu perjuangan pasukan Ustaz Ebit Lew, boleh dapatkan kemeja T yang dikeluarkan oleh mereka.