Ala Kotak Misteri, ‘Seller’ Shopee Jual Barang Tak Dituntut Dari Gudang China 3

Ala Kotak Misteri, ‘Seller’ Shopee Jual Barang Tak Dituntut Dari Gudang China

Barang lama tak dituntut di gudang China dijual dalam bentuk kotak misteri di Shopee.

Di mana-mana negara sekali pun, pastinya ada individu yang membeli barang kemudiannya mungkin terlupa untuk mengambil barang mereka sehingga bertahun lamanya.

BACA: Cara Tebus eBelia RM150 Di Shopee Untuk Ekstra Ganjaran RM500!

Kebiasaannya, hub simpanan barang akan meletakkan tempoh berapa lama barang akan dipegang sebelum ianya dikira sebagai milik mereka.

Tahukah anda, di Shopee ada akaun yang menjual kotak bungkusan yang tidak dituntut ini ala-ala kotak misteri yang dijual di pasaran?

Ala Kotak Misteri, ‘Seller’ Shopee Jual Barang Tak Dituntut Dari Gudang China 1
Sumber: @pmbrutiketmurah

Menurut keterangan yang disediakan, antara maklum balas daripada pembeli, ada antara mereka yang menerima tempered glass, pen, putik kapas, vitamin tanah dan mungkin juga sampah jika tidak bernasib baik.

 

Ala Kotak Misteri, ‘Seller’ Shopee Jual Barang Tak Dituntut Dari Gudang China 2
Sumber: @pmbrutiketmurah

Namun sebelum membeli, ini hukum jual beli kotak misteri yang perlu diketahui terutamanya bagi mereka yang beragama Islam.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam artikel Al-Kafi #1757, hukum jual beli kotak misteri ini TIDAK DIHARUSKAN dan TERBATAL di sisi syarak kerana tidak menepati rukun dan syarat asas jual beli iaitu barang jualan mestilah diketahui dan ditentukan jenis barangannya secara spesifik yang diterima uruf.

Kesannya, pembeli perlu menyerahkan semula barangan kepada penjual dan penjual hendaklah memulangkan semula wang yang diterima.

Sebagai alternatif, sekiranya berlaku kesukaran dalam pemulangan barangan kerana telah digunakan atau sebagainya, maka perlu buat akad jual beli yang baru berdasarkan barang yang diterima dengan syarat pembeli meredai pembelian barang tersebut dan penjual juga meredai dengan nilai bayaran yang diberikan.

Jika anda pengguna tegar Shopee, sudahkan anda menebus eBelia, bantuan kredit RM150  khas untuk golongan belia dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia?

Jika anda tebus di Shopee, ganjaran ekstra RM500 menanti anda!