China Ceroboh Perairan Malaysia

Selepas Ruang Udara, China Ceroboh Pula Perairan Malaysia

Selepas Ruang Udara, China Ceroboh Pula Perairan Malaysia.

Terbaharu, kapal pengawal pantai China didakwa dikesan menceroboh perairan Malaysia berhampiran Beting Patinggi Ali selepas empat hari insiden 16 pesawat memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengesahkan pencerobohan kapal tersebut di perairan ini pada 4 Jun lalu.

Beting Patinggi Ali adalah kawasan yang terlibat dalam pertikaian tuntutan oleh China dan Malaysia.

Menurut laporan The Borneo Post, kapal pengawal pantai itu didakwa memasuki perairan Malaysia kira-kira 84 batu nautika (155km) dari perairan pantai Miri.

“Ya, kita ada menerima laporan berhubung kehadiran Kapal Pengawal Pantai China itu, yang dilihat berada di perairan negara pada 4 Jun,

“Aset-aset kita (APMM) termasuk dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah membuat pemantauan rapi di kawasan berkenaan,” kata Pengarah Maritim Miri, Kapten Md Fauzi Othman.

China Ceroboh Perairan Malaysia
Beting Patinggi Ali

Pada 31 Mei lalu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan penerbangan mencurigakan sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional.

BACA: 16 Pesawat Mencurigakan Milik Tentera Udara China Dikesan Ceroboh Ruang Udara Malaysia

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan pesawat tersebut sebagai satu pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia dan akan menghantar nota bantahan.

Bagaimanapun, Kedutaan China di Kuala Lumpur kemudian menafikan China menceroboh ruang udara Malaysia sebaliknya berkata, pesawat-pesawat tersebut ‘hanya melakukan rutin latihan penerbangan’ selain mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa.

Sumber: The Borneo Post