Polis Rai Hari Jadi Remaja Sebelum Masuk Penjara

Remaja Pasrah Polis ‘Rai’ Hari Jadinya Sebelum Kena Angkut Ke Balai

Remaja Pasrah Polis ‘Rai’ Hari Jadinya Sebelum Kena Angkut Ke Balai.

Masyarakat kini sedia maklum bahawa golongan dewasa tidak lagi menjadi kumpulan pertama yang melakukan jenayah.

Kini kita dapat lihat golongan remaja yang ramai terjebak dengan kehidupan sosial bebas hingga menyebabkan kelakuan jenayah bukan lagi perkara yang perlu ditakuti.

Sekumpulan anggota polis di Brazil dilaporkan menyambut ulang tahun kelahiran seorang remaja yang didapati melakukan jenayah sebelum menahannya.

Menerusi ciapan Crime Reais di Twitter, remaja berkenaan telah ditahan beberapa kali atas pelbagai kesalahan tetapi dibebaskan kerana masih lagi dibawah umur 18 tahun atas jaminan ibunya.

Bagaimanapun, remaja itu dilihat tidak serik dengan jenayah yang dilakukan yang mana kesalahan terbaharunya berkaitan kes kecurian sistem audio dan pemain digital dalam kenderaan.

Kebetulan bakal menginjak usia 18 tahun, anggota polis menyerbu ke rumahnya sambil membawa sebiji kek.

Polis Rai Hari Jadi Remaja Sebelum Masuk Penjara

Disebabkan kesalahan terbaharu yang dilakukannya dianggap sebagai pesalah dewasa dan bukan juvana lagi, polis mengambil peluang menunggu remaja itu genap 18 tahun untuk boleh menahannya.

Dalam video berkenaan, kelihatan anggota polis meraikan hari jadinya dengan sebiji kek dan air berkarbonat sambil menyanyikan lagu ulang tahun kepada remaja itu.

Dapat dilihat riak wajah remaja itu bingung dan bengang dengan dikelilingi anggota polis, dia pasrah mengikut arahan sambil memotong kek dihadapannya.

Difahamkan, ibunya bagai sudah lali apabila anaknya sering ditahan kerana melakukan jenayah.

Sumber: Crimes Reais