TikToker Khaby Lame Jana Pendapatan

Hanya Guna Mimik Muka Tanpa Bersuara, TikToker Khaby Lame Jana RM92k Untuk Satu Video

TikToker Khaby Lame Meraih Populariti Dengan Mimik Muka Sahaja.

Sebut sahaja TikTok, rata-rata akan terdetik dengan konten bergelek atau kisah kehidupan seharian dalam video yang mengambil masa hanya beberapa saat.

Rata-rata TikToker yang popular sehingga menjana pendapatan ratus ribu bagi satu hantaran ini terkenal dengan kandungan menyanyi dan bergelek.

BACA: Bagaimana Remaja 16 Tahun Ini Jana Pendapatan Lebih RM16 Juta Dengan TikTok

Namun, berbeza dengan seorang TikToker yang kini menjadi fenomena media sosial yang hanya menggunakan mimik muka sahaja tanpa mengeluarkan suara.

Itulah TikToker yang dikenali sebgai Khaby Lame, seorang pemuda berusia 21 tahun yang meraih populariti dengan reaksi muka sahaja.

Dia hanya memberikan reaksi terhadap tutorial yang leceh dengan mengajar sesuatu kaedah yang sebenarnya mudah sahaja, namun dirumitkan.

Dia menjadi tular apabila videonya memberi reaksi selamba kepada satu video tutorial mengupas pisang menggunakan pisau.

Jika tutorial itu menggunakan pisau, dia hanya mengopek pisang tersebut menggunakan tangan. Videonya itu mendapat hampir 2 bilion tontonan dan muncul sebagai video yang paling kerap ditonton.

@khaby.lame

Ig:@khaby00

♬ suono originale – Khabane lame

Mungkin formulanya begitu mudah kerana tidak menggunakan bahasa lisan, dia mampu menarik penonton dari seluruh dunia kerana mudah difahami dan bersahaja.

Khaby Lame atau nama sebenarnya Khabane Lame merupakan seorang warga Itali yang menjalani kehidupan sangat biasa bersama keluarganya.

Keluarga mereka berhijrah dari Dakar, Senegal ketika Lame berusia setahun. Dia juga pernah menunjukkan kawasan tempat tinggalnya kerana disitulah tempat dia membesar.

TikToker Khaby Lame Jana Pendapatan
Sumber: Nytimes

Awalnya, Lame membuka akaun TikToknya untuk menghilangkan kebosanan ketika menjalani perintah berkurung di sana setahun yang lalu dan tidak menyangka akan menjadi terkenal dengan jutaan pengikut.

Dia kini memiliki 67 juta pengikut di TikTok (lebih banyak daripada populasi rakyat Itali) dan 19.6 juta pengikut di Instagram yang turut mengalahkan pemilik laman sosial itu.

@khaby.lame

Non c’è bisogno di Didascalia😅——No Caption Needed.😅 #learnfromkhaby #LearnWithTikTok #ImparaConTikTok #nocaptionneeded

♬ suono originale – Khabane lame

Menurut Starsunfolded, Khaby Lame memperoleh pendapatan $13,380 sehingga $22,300 (~RM55,232.64 sehingga RM92,054.40) untuk setiap satu video yang beliau hasilkan dalam beberapa saat.

Walaupun hampir kesemua videonya meraih jutaan tontonan, Khabane Lame belum lagi mahu memberikan fokus sepenuhnya dalam menjadikan videonya sebagai sumber pendapatan utama.

Khabarnya, Lame sudah merangka beberapa projek untuk menjamin masa depannya kerana tidak mahu terus leka dalam populariti yang ada sekarang di samping mahu membantu mengubah nasib keluarganya.

Sumber: Distractify