Cara ‘Setting’ YouTube Untuk Tapis Kandungan Tidak Senonoh Untuk Tontonan Anak-Anak 3

Cara ‘Setting’ YouTube Untuk Tapis Kandungan Tidak Senonoh Daripada Ditonton Anak-Anak

Tahukah anda ada cara untuk setting supaya anak-anak tidak terakses kandungan tidak senonoh di YouTube?

Platform video atas talian, YouTube kini bukan sahaja berperanan sebagai platform hiburan tetapi juga sudah menjadi lubuk ilmu dan informasi dengan perkongsian-perkongsian menarik.

BACA: Rakyat Malaysia Diminta ‘Report’ Kepada YouTube Jika Terlihat Video Tidak Bermoral Upin & Ipin

Namun, tidak boleh dinafikan yang ada kandungan yang tidak senonoh kadangkala terlepas menjadi tontonan penonton.

Ini sememangnya membawa mudarat, terutamanya jika penonton dalam kalangan mereka yang di bawah usia.

Jadi ada beberapa cara atau setting yang boleh anda ubah di tetapan untuk menapis kandungan tidak senonoh daripada ditonton anak-anak anda.

1. Log masuk ke akaun YouTube anda dan klik di bahagian ‘Profile’.

Cara ‘Setting’ YouTube Untuk Tapis Kandungan Tidak Senonoh Untuk Tontonan Anak-Anak
Sumber: Ct Hajar Zorodi

2. Masuk ke bahagian ‘Setting’ dan klik ‘General’.

Cara ‘Setting’ YouTube Untuk Tapis Kandungan Tidak Senonoh Untuk Tontonan Anak-Anak 1
Sumber: Ct Hajar Zorodi

3. Cari ‘Restricted Mode’ dan klik butang di bahagian tepi sehingga bertukar ke warna biru.

Siap! Mudah sahaja kan untuk setting YouTube bagi mengelakkan anak-anak terakses kandungan yang tidak sesuai?

Atau untuk lebih mudah, anda boleh muat turun aplikasi YouTube Kids yang menyediakan kandungan khas untuk kanak-kanak sesuai dengan usia mereka.

Cara ‘Setting’ YouTube Untuk Tapis Kandungan Tidak Senonoh Untuk Tontonan Anak-Anak 2

Untuk mereka yang mempunyai anak-anak kecil, tetapan ini adalah sangat penting bagi mengelakkan mereka terakses kepada kandungan yang memudaratkan.

Sebagai contoh yang pernah dan masih berlaku ialah video dan meme daripada animasi Upin & Ipin yang diubah suai dengan kemasukan unsur-unsur seksual dan lucah dipercayai dari Indonesia.

Dalam meme terbabit, dialog yang memaparkan watak Kak Ros disunting bersama foto memaparkan alat mainan seks.

Mengulas mengenai perbuatan tidak bermoral dengan menjadikan watak Kak Ros sebagai bahan jenaka, pakar motivasi dan pencipta kandungan YouTube yang cukup dikenali, Akhi Fairuz Al-Jengkawi tampil mengulas isu ini.

Meme Lucah Upin & Ipin
Sumber: Malay Mail

Selain meme berkenaan, Akhi Fairuz juga membuat video ulasan di YouTube, menerangkan tentang masalah yang mana banyaknya kandungan video yang menggunakan watak dalam animasi terbabit sebagai objek seksual. Beliau menunjukkan betapa mudah dan banyaknya video sebegini ada di YouTube.

Tindakan yang diambil oleh Akhi Fairuz turut mendapat perhatian pencipta kandungan Upin Ipin, Les’ Copaque.

Les’ Copaque berterima kasih dengan Akhi Fairuz dan meminta kepada semua agar membuat laporan jika terjumpa video Upin & Ipin yang diubah suai menjadi kandungan lucah.

Jika menaip nama Kak Ros di ruangan carian di YouTube, senarai cadangan yang dikeluar merujuk kepada carian yang kurang sesuai. Ia menunjukkan begitu mudah video tidak bermoral ditemui dan amat berbahaya kepada kanak-kanak.