Kali Terakhir Bersama Kwang-soo, Preview ‘Running Man’ Episod 559 Buat Ramai Peminat Sebak 3

Kali Terakhir Bersama Kwang-soo, Preview ‘Running Man’ Episod 559 Buat Peminat Sebak

Kali Terakhir Bersama Kwang-soo, Preview ‘Running Man’ Episod 559 Buat Ramai Peminat Sebak

27 April lalu, peminat rancangan televisyen Korea Selatan, Running Man dikejutkan dengan berita daripada Lee Kwang-soo yang mengumumkan akan meninggalkan rancangan tersebut selepas 11 tahun bersama.

BACA: Umum Tinggalkan ‘Running Man’ Lepas 11 Tahun, Ini 3 Filem Akan Datang Lakonan Lee Kwang-soo

Berita tersebut menyebabkan ramai yang sedih kerana tiada lagi watak pengkhianat yang menjadikan rancangan tersebut lebih kelakar dan menarik.

Kali Terakhir Bersama Kwang-soo, Preview ‘Running Man’ Episod 559 Buat Ramai Peminat Sebak 1
Kwang-soo di episod pertama Running Man.

Minggu hadapan merupakan episod terakhir yang akan menampilkan Kwang-soo dalam rancangan tersebut.

Semalam, preview episod 559 di akhir episod 558 yang baru sahaja ditayangkan semalam dikongsi secara meluas di media sosial.

Kali Terakhir Bersama Kwang-soo, Preview ‘Running Man’ Episod 559 Buat Ramai Peminat Sebak 2

Daripada klip bawah seminit itu, penonton dan peminat Running Man sudah dapat merasakan yang episod minggu hadapan akan berakhir dengan air mata.

11 tahun bersama Running Man, Kwang-soo menerima gelaran Prince of Asia dek kerana popularitinya.

Namun kerana kecederaan yang dialami disebabkan kemalangan pada Februari 2020, beliau menerusi agensinya mengumumkan terpaksa mengundur diri bagi memberikan Kwang-soo masa untuk fokus kepada rawatan kesihatannya.

Menerusi Running Man, Kwang-soo banyak menerima anugerah antaranya:

  1. Anugerah Pendatang Terbaik Rancangan (2011),
  2. Anugerah Persahabatan (2013),
  3. Anugerah Paling Popular Penonton bersama ahli Running Man (2013),
  4. Anugerah Kecemerlangan  Rancangan (2014),
  5. Anugerah Bromance Terbaik bersama Kim Jong-kook (2016),
  6. Anugerah Kecemerlangan Tertinggi Rancangan (2016),
  7. Anugerah Lelaki Jengkel (2016),
  8. Anugerah Pasangan Terbaik bersama Jeon So-min(2017)
  9. Anugerah Bintang Global bersama ahli Running Man (2017)
  10. Anugerah Populariti (2018)
  11. Anugerah Bintang Media Sosial (2019)
  12. Anugerah Kandungan Emas bersama ahli Running Man (2020)

Semasa ditanya mengenai pengganti tempat Kwang-soo, pihak produksi Running Man menjelaskan setakat ini mereka akan teruskan rancangan bersama tujuh orang ahli iaitu Yoo Jae Suk, Jee Seok Jin, Kim Jong Kook, Haha, Song Ji Hyo, Yang Se Chan, dan Jeon So Min tanpa ada tambahan pengganti lain.

Jika ada sekalipun, ianya bukanlah dalam masa terdekat ini.

Sebelum ini, peminat Running Man terpaksa berdepan dengan berita dua ahli Running Man iaitu Song Jong-ki (2011) dan Kang Gary (2016) telah meninggalkan Running Man atas alasan sendiri, dan kali ini giliran Kwang-soo.