alugalug cat

Alunan Unik Muzik Alugalug Cat X The Kiffness Memang Bikin Ketagih

Kepada anda yang tegar menonton YouTube, pasti akan terjumpa video yang trending pada awal Mei lepas daripada The Kiffness dengan muzik video berjudul Alugalug Cat X The Kiffness (Soulful Singing Cat Live Looping Remix)

David Scott daripada The Kiffness memang terkenal dengan video remix ciptaannya sendiri yang suka menggabungkan bunyi-bunyian alam atau alunan muzik daripada pemuzik lain yang mampu menghasilkan muzik pop yang lebih segar.

Setakat minggu ini, muzik video ini telah ditonton sebanyak 30 juta di Facebook, 4.4 juta di TikTok dan 1.2 juta di YouTube.

Selebriti Hollywood seperti Ryan Reynolds turut mengongsikan video ini sekaligus memberi impak kepada jutaan tontonan di media sosial.

alugalug cat

Muzik kali ini adalah kombinasi gabungan suara kucing yang sedang marah dan alunan muzik yang dicipta oleh beliau sendiri.

Jom tonton muzik video Alugalug Cat X The Kiffness (Soulful Singing Cat Live Looping Remix) di bawah.

Terbaru, disebabkan ramai yang tertarik dengan alunan muzik remix ini, ramai penggiat seni di YouTube membuat video masing-masing dan menggabungkan kemahiran mereka untuk penghasilan muzik yang lebih menarik.

Jom kita saksikan simfoni mashup untuk muzik lagu Alugalug Cat ini.

Oh ya, tahukah anda terdapat satu video di yang bakal dipadam dari YouTube, dan akan dilelong dengan nilai RM3.1 juta? Kalau anda nak tahu video apa, boleh baca di sini.