Paul Karason 1

Avatar Dalam Dunia Sebenar, Kisah Disebalik Lelaki Yang Kulitnya Bertukar Warna Kepada Biru

Kisah lelaki yang kulitnya bertukar kepada warna biru.

Pernah tak anda terfikir yang karakter dalam filem sains fiksyen iaitu Avatar sebenarnya wujud di dunia nyata. Namun, persamaannya hanyalah pada warna kulit sahaja.

BACA: Henry Cavill Bengang Superman Berkulit Hitam Bakal Menggantikannya

Pada tahun 2008, seorang lelaki, Paul Karason menarik perhatian orang ramai selepas muncul dengan kulit berwarna biru.

Turut digelar sebagai ‘Papa Smurf’, ‘The Blue Man’, Paul dilahirkan dengan kulit cerah dengan rambut perang kemerahan. Beliau hidup dengan kulit seperti orang normal sehinggalah kulitnya mula bertukar menjadi semakin gelap pada usia 45 tahun.

Avatar Dalam Dunia Sebenar, Kisah Lelaki Yang Kulitnya Bertukar Warna Biru 1

Pada awalnya, kulitnya hanya gelap, namun tidak dapat dipastikan sama ada Paul mendapatkan rawatan kesihatan atau pun tidak. Paul juga dikatakan mencuba alternatif sendiri untuk merawat termasuklah yang terakhirnya dengan mengambil perak.

Paul bukan sekadar mengambil dengan cara meminum bancuhan perak tetapi juga menyapu seluruh kulitnya dengan cairan perak.

Hasilnya, kulit Paul bertukar ke warna biru. Malah, doktor turut membuat andaian bahawa organnya turut berwarna biru.

Paul Karason

Selepas kulitnya bertukar biru, Paul tidak berhenti sebaliknya meneruskan rawatan alternatif itu selama 10 tahun kerana beliau yakin ia banyak membantunya sedangkan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) pada tahun 1999 telah melarang penggunaan perak kerana sudah terbukti bahan tersebut menyebabkan kerosakan yang teruk.

Lama kelamaan Paul mengalami keadaan yang dipanggil sebagai argyia; keadaan yang disebabkan pendedahan berlebihan kepada sebatian kimia perak.

Dan gejala yang paling drastik dalam keadaan ini ialah kulit menjadi biru.

Avatar Dalam Dunia Sebenar, Kisah Lelaki Yang Kulitnya Bertukar Warna Biru 3

Bukan sekadar itu, Paul mempunyai makmal beliau yang tersendiri untuk beliau ‘merawat’ masalahnya. Pelbagai alatan aneh dijumpai di dapurnya. Tiada doktor yang terlibat dalam proses rawatan tersebut.

Paul memberitahu dengan minuman ajaib ini, masalah kesihatan yang beliau alami selama bertahun-tahun hilang sepenuhnya. Antaranya masalah arthritis yang membuatkan beliau sukar untuk menanggalkan bajunya.

Muncul dalam rancangan temu bual Oprah, ramai yang terkejut melihat kulit Paul benar-benar biru termasuklah doktor yang dipanggil untuk menyertai sesi tersebut.

Populariti Paul tidak kekal lama, kehidupan peribadinya mula berubah. Paul terpaksa berpindah randah selepas kehilangan rumahnya dan menetap di pusat gelandangan.

Tidak lama kemudian, Paul disahkan menghidap kanser zakar dan beberapa lagi masalah kesihatan lain.

Biarpun sudah cuba untuk mencari pekerjaan, namun disebabkan kulitnya yang biru, beliau tidak diterima.

Pada tahun 2013, Paul, lelaki yang kulitnya bertukar kepada warna biru disahkan meninggal dunia di usia 62 tahun selepas mengalami serangan jantung sebelum mengalami strok teruk dan dijangkiti radang paru-paru.

Sumber:

  1. NY Daily News
  2. Ilumeably
  3. Wired