Macam Mana Nak Saksikan Gerhana ‘Ring of Fire’ Pada 10 Jun Ini 3

Kawasan Mana Yang Dapat Saksikan Gerhana Cincin Berapi Pada 10 Jun Ini?

Kawasan Mana Yang Dapat Saksikan Gerhana Cincin Berapi Pada 10 Jun Ini?

Selepas gerhana bulan penuh ‘Super Flower Blood Moon’ atau gerhana bulan merah pada 26 Mei lalu, satu lagi gerhana bulan dijangka akan berlaku dalam masa terdekat.

BACA: Jangan Ketinggalan Saksikan Fenomena Gerhana Bulan Penuh ‘Super Flower Blood Moon’ Rabu Ini

Menurut sumber ANGKASA, fenomena ‘bulan merah’ ini dikenali sebagai serakan Rayleigh, iait fenomena yang menyebabkan matahari kelihatan kemerahan ketika matahari terbit dan terbenam, pelangi kelihatan berwarna-warni dan langit kebiruan.

Untuk tahun ini, fenomena gerhana matahari anulus ‘Ring of Fire’ atau Cincin Berapi yang pertama untuk tahun 2021 dijangka boleh disaksikan pada 10 Jun ini. Akan tetapi bukan semua kawasan boleh menyaksikan gerhana ini.

Gerhana yang berlaku sekali setahun atau dua tahun sekali ini hanya boleh dilihat dari laluan sempit melintasi planet.

Kawasan Mana Yang Dapat Saksikan Gerhana Cincin Pada 10 Jun Ini?

Pada 10 Jun, bulan akan masuk ke orbit elips bumi dan menghasilkan apa yang kita panggil sebagai gerhana bulan namun dek kerana bulan terlalu jauh dari bumi untuk menutup matahari sepenuhnya, bentuk seperti cincin akan berlaku atau kelihatan.

Untuk tahun 2021, penduduk di kawasan tengah atau timur Kanada mampu melihatnya secara jelas dan penuh berbanding kawasan lain. Fasa ini dijangka akan berlangsung selama tiga minit dan 51 saat.

Namun sesiapa yang mahu menyaksikan gerhana tidak melihat secara terus sebaliknya menggunakan kaca mata khas yang memiliki filem penuras sinar matahari bagi mengelakkan risiko buta kekal.

Bagi penduduk yang berada di Eropah dan Asia, akan dapat menyaksikan gerhana ini tetapi bukanlah secara sepenuhnya.

Kawasan Mana Yang Dapat Saksikan Gerhana Cincin Pada 10 Jun Ini?

Di Malaysia, fenomena gerhana cincin berapi ini kali terakhir dilihat adalah pada 26 Disember 2019 selepas 21 tahun.

Sumber: Severe Weather