Hartawan Malaysia Makin Kaya Ketika Pandemik

50 Hartawan Malaysia Makin Kaya Di Tengah Pandemik

50 Hartawan Malaysia Makin Kaya Di Tengah Pandemik.

Bagi sebahagian besar rakyat Malaysia, pandemik COVID-19 memberi tamparan hebat terhadap pertumbuhan ekonomi, dan beratus ribu rakyat di seluruh negara terpaksa mengharungi cabaran sukar ketika ini.

Namun, sebahagiannya menunjukkan keputusan berbeza.

Menurut Forbes Asia, nilai kekayaan 50 hartawan yang berada dalam Senarai Kekayaan Malaysia Forbes 2021 meningkat 14 peratus kepada hampir AS$90 bilion (RM371 bilion) tahun ini.

Lonjakan yang berlaku di tengah-tengah krisis pandemik itu sebahagiannya disumbangkan oleh kedudukan dominan Malaysia sebagai pengeluar sarung tangan perubatan kepada dunia.

Ketika krisis pandemik melanda tahun 2020, eksport sarung tangan getah Malaysia mencatatkan kenaikan ketara (walaupun berdepan beberapa kontroversi) sebanyak dua kali ganda sekali gus meningkatkan kekayaan pengeluar terbesar dunia.

Lima daripada mereka tersenarai dalam kalangan 50 paling kaya, dengan dua daripadanya iaitu Kuan Kam Hon (No. 7, AS$3.8 bilion) dari Hartalega Holdings dan Lim Wee Chai (No. 8, AS$3.5 bilion) dari Top Glove, berada pada kedudukan 10 terbaik.

Hartawan Malaysia Makin Kaya Ketika Pandemik

Selain itu, lima hartawan baharu yang turut tersenarai tahun ini termasuklah adik-beradik Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei dari MR DIY Group anggaran nilai bersih masing-masing sebanyak AS$1.8 bilion (RM7.44 bilion) dan AS$1.1 bilion (RM4.55 bilion).

BACA: Pemilik MR DIY Antara Bilionair Baharu Yang Tersenarai Dalam Forbes

Walaupun hartawan sarung tangan getah dapat mengekalkan kedudukan mereka dalam senarai Orang Paling Kaya Malaysia, tetap tidak dapat mengatasi nilai kekayaan Tan Sri Robert Kuok.

Robert Kuok yang menerajui empayar hartanah dan komoditi, terus menggungguli senarai itu dengan kekayaan sebanyak AS$12.2 bilion (RM50.3bil), sekali gus yang tertua dalam senarai itu pada usia 97 tahun.

Bagaimanapun, hartawan yang pernah tersenarai dalam Forbes jatuh ketika pandemik. Antara yang paling terkesan ialah hartawan kasino Chen Lip Keong dan Lim Kok Thay.

Hartawan Malaysia Makin Kaya Ketika Pandemik

Pengasas AirAsia, Tony Fernandes tidak lagi tersenarai dalam Forbes berikutan pandemik yang berlanjutan ini menyuramkan harapan untuk sektor perjalanan kembali pulih

Untuk melihat keseluruhan senarai rakyat Malaysia terkaya dan anggaran nilai bersih mereka, boleh ke pautan ini.

Sumber: Awani