Donnie Yen John Wick 4

Donnie Yen Bakal Bergabung Dengan Keanu Reeves Dalam John Wick 4

Berita antarabangsa melaporkan pelakon popular Hong Kong, Donnie Yen bakal bergabung bersama Keanu Reeves menerusi filem John Wick 4.

Sekuel John Wick: Chapter 3 – Parabellum akan memperkenalkan Donnie Yen sebagai seorang kawan lama John Wick, dikhabarkan mereka mempunyai latar belakang sama dan musuh yang ramai.

Sebagai salah seorang pelakon dan pengarah filem paling berjaya dari Asia, Yen terkenal sebagai bintang filem seni mempertahankan diri. Popularitinya berkembang di seluruh dunia ketika muncul dalam filem seperti xXx: Return of Xander Cage, Rogue One: A Star Wars Story dan francais IP Man.

John Wick 4 bakal diarahkan oleh Chad Stahelski, yang bertugas sebagai pengarah bersama dalam filem John Wick pertama dengan David Leitch sebelum mengambil tugas pengarah solo untuk dua sekuel berikutnya.

Donnie Yen John Wick 4

John Wick 4 dijangka akan menjalani penggambaran pada musim panas ini di pelbagai lokasi seperti Perancis, Jerman dan Jepun.

Produser Basil Iwanyk menjanjikan kehadiran Donnie Yen bakal membawa impak yang lebih bertenaga dalam francais John Wick.

Sekuel ini akan menjawab segala persoalan yang tergantung dalam Chapter 3 yang mana Wick akan kembali untuk memusnahkan ‘High Table’.

Sumber: Deadline