lim kok wing

Luahan Hati Bekas Pelajar Limkokwing, Indah Khabar Dari Rupa?

Tan Sri Dr Lim Kok Wing, seorang tokoh pendidikan negara telah meninggal dunia pada 2 Jun 2021 pada usia 75 tahun.

Satu kenyataan oleh Lim Kok Wing University of Creative Technology (LCUT) telah dikeluarkan bagi menyampaikan pemergian tokoh tersebut.

No, Lim Kok Wing Is NOT Dead, But He Is In The Hospital | TRP

Mendiang dimasukkan ke hospital setelah diberitakan bahawa beliau jatuh dirumahnya. Sejak daripada itu kesihatan beliau semakin merosot.

Mendiang telah menubuhkan Lim Kok Wing Institute of Creative Technology yang pertama dan menjadi kolej swasta yang pertama diiktiraf sebagai kolej universiti pada tahun 1991. Ia kemudian ditukar nama kepada LUCT.

Walaupun berita ini menjadi kisah sedih untuk dunia pendidikan negara, nampaknya terdapat cerita kurang enak disebalik berdirinya universiti milik Lim Kok Wing itu.

Hal ini dikongsikan oleh seorang pengguna akaun Twitter, Indra di mana beliau telah mengalami pengalaman kurang menarik sepanjang berada di universiti tersebut.

Dilaporkan, ramai pelajar tidak meminati untuk menyambung pelajaran di universiti tersebut kerana institusi itu dikatakan tidak menguruskan kewangan dengan baik.
Pemilik akaun Indra mendakwa bahawa beliau tidak dapat biasiswa seperti yang dijanjikan, kehidupan sebagai pelajar serta pendidikannya terabai.
May be an image of text that says 'Thread You Retweeted INDRA @indragondi Good, now shut down that stupid university. They robbed me of my scholarship money, my student life and most importantly, my education. May you and your entire organization never find peace.'
Kadar pertukaran pekerja juga sangat tinggi. Kelas sering dibatalkan dan yang paling teruk, mereka terpaksa mengulangi silibus pembelajaran untuk setiap semester.
May be a Twitter screenshot of 1 person and text that says 'Thread INDRA @indragondi Their management/staff turnover was high. And we were passed from one manager to another. Every single semester. At a point we just don't know who to refer to. 11:22 PM 01 Jun 21 Twitter for iPhone'
Beliau juga menyatakan bahawa pernah membatalkan beberapa subjek pada semester yang pertama. Walau bagaimanapun, ia tidak muncul di dalam sistem.
Pada pengakhiran semester, beliau mendapat keputusan yang cemerlang walaupun tidak pernah menghadiri kelas untuk subjek berkenaan.
May be a Twitter screenshot of 1 person and text that says 'Thread INDRA @indragondi During my first semester, I dropped couple of subjects but they never reflected in the system. And the result came out 4 flat! I got A for the classes I never went for the entire semester. I knew they just don't care. 11:22 PM 01 Jun 21 Twitter for iPhone'
Beliau juga mengingatkan kepada mereka yang ingin meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi supaya berhenti untuk masuk ke institusi pendidikan tersebut. Namun, bagi mereka yang ingin mengejar kehidupan bersosial, mungkin boleh mempertimbangkannya.
Ini merupakan luahan hati daripada seorang bekas pelajar di univesiti ini dan bukannya mewakili keseluruhan suara pelajarnya. Bunyinya mungkin kurang menyenangkan namun anda haruslah mendapatkan khidmat nasihat daripada beberapa orang lain lagi sekiranya ingin meneruskan pencapaian akademik yang lebih tinggi di institusi ini.
Dengan keadaan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, pusat pendidikan terpaksa menjalankan program akademiknya melalui konsep PdPR. Berita sebegini mampu menggugat ekonomi institusi ini, jadi diharap anda mendapatkan maklumat lebih tepat pada saluran yang betul.

Sumber: Harian Metro