Featured Image Bagaimana Lelaki Ini Mampu Gandakan RM10 Ke Jutaan RM Dalam Masa ‘Satu Malam’ 3

Bagaimana Lelaki Ini Mampu Gandakan RM10 Ke Jutaan RM Dalam Masa ‘Satu Malam’?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Percaya atau tidak, ada yang  mampu menggandakan wang yang mereka ada dengan cepat sehingga berjaya bergelar jutawan ‘satu malam’.

BACA: ‘Scammer’ Yang Pernah Tersenarai Dalam 400 Orang Terkaya Di Amerika Syarikat

Ini kisah Charles Ponzi, salah seorang pendatang dari Itali ke Amerika Syarikat yang berjaya memanipulasi situasi sehingga bergelar jutawan ‘satu malam’.

Bagaimana Lelaki Ini Mampu Gandakan RM10 Ke Jutaan RM Dalam Masa ‘Satu Malam’ 3

Sama macam pendatang yang lain, Ponzi berhijrah ke Amerika pada tahun 1903 dengan misi untuk mencari peluang ekonomi.

Ponzi melakukan semua jenis pekerjaan yang ada sehinggalah beliau berjaya mendapat peluang bekerja di sebuah bank, Bank Zarossi yang memberikan bantuan kewangan kepada pelanggannya yang mana majoritinya merupakan pendatang dari Itali di Montreal, Kanada.

Namun semasa bank muflis, Ponzi kehilangan kerja.

Beliau kemudiannya terjebak dengan pemalsuan cek dan penyeludupan haram yang menyebabkan beliau dipenjarakan selama lima tahun.

Skim Ponzi

Selepas dibebaskan, Pozi mendapat inspirasi daripada sepucuk surat yang diterima daripada sebuah syarikat di Sepanyol.

Di dalam surat berkenaan terdapat kupon yang boleh ditukar kepada beberapa setem khidmat pos antarabangsa.

Bagaimana Lelaki Ini Mampu Gandakan RM10 Ke Jutaan RM Dalam Masa ‘Satu Malam’ 1

Sistem tersebut kemudiannya dieksploitasi dengan cara membeli sejumlah besar kupos pos berkenaan dari ‘negara-negara murah’ (ekonomi lemah) dan menebusnya di ‘negara-negara mahal’ (ekonomi kuat) dengan pengendalian di bawah Syarikat Bursa keselamatannya.

Ejen jualan dilatih untuk menarik calon pelabur dengan kaedah mereka akan menerima amaun dua kali ganda daripada yang dilabur berserta dengan faedah dalam masa 45 hari.

Setiap calon yang ditarik, ejen akan dihadiahkan dengan 10% daripada nilai pelaburan, manakala untuk sub-ejen kadarnya setinggi 5%.

Bagaimana Lelaki Ini Mampu Gandakan RM10 Ke Jutaan RM Dalam Masa ‘Satu Malam’ 6
Sumber: Essaywriter.co.uk

Skim yang digelar sebagai Skim Ponzi ini berkembang dengan pesat. Bayaran yang diperoleh akan ‘diseludup’ masuk ke poket sendiri dan sebahagiannya diberikan kepada pelabur terdahulu sebagai pusingan pelaburan.

Dengan cara ini, Ponzi berjaya mengaut keuntungan lebih 400%!

Lebih 40,000 pelabur berjaya ditarik untuk menyertai skim ini.

Namun sikap tamak Ponzi membuatkan beliau menabur janji yang tidak mampu ditolak pelabur, iaitu keuntungan 50% dalam masa 45 hari atau 100% dalam tempoh 90 hari.

Tetapi semua yang dilaburkan tidak lagi untuk pelaburan sebaliknya kesemuanya dimasukkan terus ke poket sendiri. Pelaburan yang diperoleh daripada pelabur baru diberikan kepada pelabur lama sebagai keuntungan.

Kejatuhan skim Ponzi

Disebabkan kaya dengan terlampau cepat, orang ramai mula mencurigai Ponzi.

Pada 1920, media The Boston Post mula melakukan penyiasatan terhadap ‘kejayaan’ dan kekayaan Ponzi sehingga menyebabkan para pelabur mula mahu angkat kaki.

Bagaimana Lelaki Ini Mampu Gandakan RM10 Ke Jutaan RM Dalam Masa ‘Satu Malam’ 5

Dalam tahun sama, Ponzi kemudian dituduh atas 86 kes penipuan kewangan dan akhirnya mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Hidup Ponzi berubah sekelip mata. Isterinya minta diceraikan dan beliau dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan miskin pada Januari 1949 di Rio de Janeiro, Brazil.

Sekurangnya impian Ponzi pernah tercapai biarpun pengakhirannya tidak memihak kepadanya.

“Saya mendarat di negara ini dengan wang tunai $2.50 (RM10.31) dan harapan $1 juta (RM4.12 juta).

Dan harapan itu tidak pernah meninggalkan saya. “

Sumber:

  1. All Thats Interesting
  2. Osman Affandi
  3. Skim Ponzi