Penyewa Bawa Lari Kereta Sewa Jual Di Kelantan

Penyewa Bawa Lari Axia Di Selangor, Jual Di Kelantan Dengan Harga RM1,500

Penyewa Bawa Lari Axia Di Selangor, Kemudian Jual Di Kelantan.

Lazimnya, setiap benda yang kita pinjam atau sewa pastinya perlu dipulangkan semula dalam keadaan sempurna sepertimana yang kita terima pada awalnya.

Berbeza dengan kisah ini, seorang penyewa telah membawa lari kereta sewa jenis Perodua Axia.

Pengusaha kereta sewa tersebut, Muhammad Nizamuddeen Mohd Abd Kadzar berkata, penyewa itu gagal dihubungi selepas menyewa Axia di kedainya sejak 12 Mei lalu yang terletak di Bukit Beruntung, Selangor.

Nasib menyebelahi Nizamuddeen apabila berjaya menemui kereta tersebut hasil daripada maklumat orang ramai selepas ditularkan di media sosial.

Apa yang menjadi lebih menarik apabila kereta yang ditemui itu dikesan berada di Tanah Merah, Kelantan dan pemandu kereta itu bukan dari penyewa yang asal.

Penyewa Bawa Lari Kereta Sewa Jual Di Kelantan
Sumber: Facebook

“Kenderaan tersebut tidak dipandu oleh penyewa asal, sebaliknya oleh seorang lelaki berusia 40 tahun yang mendakwa telah membeli kereta itu dengan bayaran deposit sebanyak RM1,500.

“Dia dimaklumkan bahawa kereta itu ‘kereta sakit’ dan akan menyambung bayaran ansuran selepas urusan dokumen kenderaan itu diperoleh daripada pihak yang menjual kereta berkenaan,” katanya.

Bukan sahaja kereta sewa itu dijual kepada orang lain, malah turut diubah suai seperti cermin gelap dan nombor plat kenderaan juga ditukar kepada saiz kecil.

Penyewa asal itu pula tidak dapat dikesan tetapi berkemungkinan masih berada di sekitar Kelantan bersama anak perempuannya.

Terdahulu, penyewa ada mengatakan mungkin mahu menyambung sewa beberapa hari lagi dengan berjanji membayar sewaan secara transaksi bank.

Kali terakhir dihubungi, penyewa itu menyatakan ada sedikit masalah mengenai urusan harta sebelum diketahui belum selesaikan baki bayaran dan nombor telefon juga sudah dinyah aktif.

Pengusaha juga ada memasang sistem kedudukan global (GPS) pada kenderaan sewa itu tetapi dipercayai telah dicabut penyewa sebelum menjualnya kepada individu tidak dikenali.

Jika di sini orang sewa kereta untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi, di Jepun pula rakyatnya sewa untuk tidur.

BACA: Trend Pelik Di Jepun, Sewa Kereta Bukan Untuk Memandu Tapi Tidur

Sumber: Sinar Harian