TUDM Pesawat China

16 Pesawat Mencurigakan Milik Tentera Udara China Dikesan Ceroboh Ruang Udara Malaysia

16 Pesawat Mencurigakan Milik Tentera Udara China Dikesan Ceroboh Ruang Udara Malaysia

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengesan 16 buah pesawat Tentera Udara Republik China (PLAAF) yang mencurigakan di ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM), Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR) dan menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei lalu.

BACA: Krisis Sempadan Laut China Selatan: Indonesia Kerah Kapal Perang Berdepan China

Penerbangan pesawat China yang men ceroboh ruang udara Malaysia pada jam 11.53 pagi itu dikesan Radar Pertahanan Udara TUDM dari Pusat Pertahanan Udara di Sarawak dengan formasi ‘taktikal in-trail‘ pada jaral 60 batu nautika di antara satu sama lain.

16 Pesawat Mencurigakan Milik Tentera Udara China Dikesan Masuk Ke Ruang Udara Malaysia 1
Sumber: TUDM

Malah menurut Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad, formasi panjang itu juga dikesan terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar sebelum mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara.

Pesawat dikesan terbang dengan ketinggian antara 23,000 kaki hingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui Singapore FIR sebelum memasuki ZMM, Kota Kinabalu FIR dan menghala menghampiri 60 batu nautika dari pesisir pantai Wilayah Sarawak yang dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara dikenal pasti merupakan pesawat pengangkut strategik daripada jenis Ilyushin Il-76 dan Xian Y-20 yang mampu melaksanakan pelbagai misi.

16 Pesawat Mencurigakan Milik Tentera Udara China Dikesan Masuk Ke Ruang Udara Malaysia 2

16 Pesawat Mencurigakan Milik Tentera Udara China Dikesan Masuk Ke Ruang Udara Malaysia 3

16 Pesawat Mencurigakan Milik Tentera Udara China Dikesan Masuk Ke Ruang Udara Malaysia 4

Susulan itu, pesawat Hawk 208 daripada No.6 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan diletakkan dalam keadaan siap sedia melalui Operasi Curiga TUDM.

Selepas arahan supaya mereka menghubungi kawalan trafik udara Kota Kinabalu FIR juga tidak dipatuhi dan kemudiannya melangkaui persempadan menghala ke ruang udara nasional, TUDM telah melancarkan pesawat pemintas pada jam 1.33 tengah hari untuk melakukan identifikasi visual.

Sebagai respon kepada kejadian ini, Kementerian Luar Negeri menerusi Menteri Hishammuddin Hussein memberitahu pihak mereka akan mengeluarkan nota bantahan diplomatik dan memanggil duta besar Republik Rakyat China bagi memberikan penjelasan mengenai pencerobohan yang berlaku.

Hishammudin Pesawat China

Biarpun Malaysia mempunyai hubungan diplomatik yang mesra dengan China, ini tidak bermaksud negara akan berkompromi mengenai keselamatan negara demi mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.

Sumber: TUDM, Bernama