Kim Jong Un Lancar Perang Merpati

Percaya Bawa Virus, Kim Jong Un Lancar Perang Dengan Burung Merpati

Percaya Bawa Virus, Kim Jong Un Lancar Perang Dengan Burung Merpati.

Rata-rata dunia sedia maklum dengan cara pemerintahan negara yang satu ini sehingga sering mendapat perhatian media.

Pemimpin utama Korea utara, Kim Jong Un telah melancarkan perang terhadap burung merpati apabila ia didakwa membawa virus COVID-19 dari negara jiran, China, lapor akhbar The Sun.

Mereka telah melancarkan serangan ke atas burung merpati di kawasan penduduk bersempadan China.

Malahan, serangan juga turut dilancarkan ke atas kucing jalanan yang didakwa juga berpotensi menyebarkan virus itu.

Pihak berkuasa bandar Hyesan dan Sinuiju yang paranoid telah mengarahkan penduduk tempatan untuk menangkap dan menghapuskan merpati dan kucing liar yang kelihatan.

Kim Jong Un Lancar Perang Merpati

Sebuah keluarga di Hyesan dilaporkan untuk mengasingkan diri di pusat kuarantin kerana didapati membela kucing secara senyap.

Keluarga itu memberitahu pihak berkuasa bahawa kucing mereka telah mati namun ia kemudiannya dirakam berkeliaran berhampiran pagar rumah mereka.

Pengawal peronda sempadan cuba untuk menangkap haiwan itu namun gagal dan ia kali terakhir dilihat menuju ke kawasan perumahan.

Kejadian tersebut dilaporkan kepada pusat kuarantin wilayah dan selepas siasatan dijalankan selama dua hari, pemilik kucing itu dipenjarakan.

Sumber mendedahkan, keluarga tersebut diberi hukuman penjara selama 20 hari.

Kekejaman pemerintah di sana terhadap rakyatnya bukanlah perkara luar biasa.

Baru berlaku pada 20 Mei lalu, nyawa seorang lelaki melayang kerana didapati menjual lagu dan filem dari Korea Selatan secara haram.

Lelaki itu ditembak mati di hadapan 500 orang termasuk ahli keluarganya selepas diarahkan pemerintah Korea Utara.

Memetik sumber Daily NK, lelaki bernama Lee itu dianggap melakukan kesalahan anti sosialis.

BACA: Penduduk Korea Utara Berdepan Hukuman Mati Jika ‘Kantoi’ Tonton Drama Korea Selatan

Sumber: The Sun