Bukan Sekadar Hiasan Biasa, Lihat Gaya Kreatif Peminat Abadikan ‘BTS Meal’

Gaya Kreatif Peminat Abadikan ‘BTS Meal’!

Menjadi satu-satunya negara Asia dari 12 negara lain di dunia yang pertama menerima menu ‘BTS Meal’ mendahului Singapura, Korea Selatan, Vietnam, Filipina dan Indonesia, pastinya peminat BTS Malaysia teruja menjadi yang pertama dan bertuah mendapat peluang sebegini.

Berlangsung pada 26 Mei lalu, BTS Meal ini mengandungi menu kegemaran kumpulan penyanyi itu iaitu 10 keping nugget McDonald’s, air, fries, dan juga dua sos pilihan, sweet chili dan cajun yang mana setiap set bermula dari RM15.70.

Namun, buat peminat BTS atau pun ARMY, bukan makanan atau minuman yang mereka kejarkan.

Bagi mereka, pembelian ini berbaloi memandangkan turut menerima beg kertas bertemakan McDonald’s X BTS, kotak nugget, cawan plastik, dan 2x sos cili yang dikhaskan dengan warna ungu.

Difahamkan, tidak mahu pembungkus BTS Meal ini rosak, peminat berkongsi cara penyimpanan sebagai salah satu koleksi mereka.

Ada yang dijemurkan selepas dicuci dengan selamat, dan simpan bekas makanan tersebut di tempat khas sehinggakan ada yang diletakkan dalam bekas bertutup lutsinar.

BTS Meal Malaysia

Mungkin itu hanyalah cara biasa, ada juga peminat berkongsi gaya kreatif mereka dengan mengubahnya lebih bermakna.

Antaranya termasuklah menyimpan pembungkusan BTS Meal dalam bentuk frame.

Ada juga yang mengubah bekas minuman kepada tumbler.

@arizaa613

Upcycling #BTSmeal @bts_official_bighit #bts_official_bighit #btsarmy #smoothlikebutter🧈 #btsbutter #starbucks

♬ Butter – 방탄소년단 (BTS)

Peminat BTS ini pula mengubah kotak nugget ini menjadi phone casing. Kreatif sungguh!

@awdwulan

love it! its the ✨purple✨ for me 😍 #btsmeal #mcdonalds #case #iphone #diy #army

♬ Butter – 방탄소년단 (BTS)

Dalam bentuk kalendar pun ada juga ya!

Malah penggemar BTS di Malaysia juga beruntung kerana BTS Meal di negara kita sama seperti di Korea Selatan yang mana ada negara luar seperti Amerika Syarikat hanya menerima packaging biasa McDonald’s.