Walaupun Tanpa Bajet, Filem Geran Kini Berjaya Ditayangkan Di Amerika Syarikat 3

Walaupun ‘Tanpa Bajet’, Filem Geran Kini Berjaya Tembus Tayangan Di Amerika Syarikat

Walaupun ‘Tanpa Bajet’, Filem Geran Kini Berjaya Ditayangkan Di Amerika Syarikat

Geran merupakan filem drama aksi silat Malaysia yang ditayangkan di Malaysia pada tahun 2019.

BACA: Menjadi Kebanggaan Malaysia, Henry Golding Kini Bergelar Bintang Filem Aksi Antarabangsa

Biarpun filem ini merupakan filem tanpa bajet seperti yang dikatakan oleh pengarah dan penerbitnya, Mohd Shahreel Abu Bakar, namun ia tetap berjaya menerima pengiktirafan dari negara luar.

Antaranya, pada tahun lalu, Geran menerima Anugerah Daniel A.Craft di Festival Filem Asia New York (NYAFF) ke-19.

Walaupun Tanpa Bajet, Filem Geran Kini Berjaya Ditayangkan Di Amerika Syarikat 2

Menyifatkan ianya sebagai rezeki yang tidak pernah difikirkan dan sangat bermakna, filem Geran dihasilkan sepenuhnya daripada sumber kewangan pengarahnya kerana tidak berjaya mendapatkan keyakinan pelabur untuk menyalurkan dana.

Secara ringkasnya, filem ini berkisarkan mengenai sebuah keluarga pesilat yang perlu mempertahankan nama dan tanah mereka daripada tergadai selepas anak bongsu keluarga itu melarikan geran tanah mereka.

Membariskan pelakon hebat seperti Namron, Koharullah, Feiyna Tajudin, Fad Anuar, Azlan Komeng, Taiyuddin Bakar, Megat Shahrizal, Aeril Zafril, Niezam Zaidi dan ramai lagi, filem ini sebenarnya sudah boleh ditonton di platform penstriman dalam talian Netflix.

Filem Geran akan ditayangkan di platform digital Amerika Syarikat, Hi-YAH! pada 4 Jun ini, Geran ‘dijenamakan semula’ sebagai Silat Warriors: Deed of Death.

Walaupun Tanpa Bajet, Filem Geran Kini Berjaya Ditayangkan Di Amerika Syarikat 1

Menurut sumber daripada Facebook Suka FilemGeran juga akan diterbitkan dalam format Blu-ray pada 6 Julai ini.

Sebelum ini, Henry Golding disebut-sebut sebagai salah satu kebanggaan Malaysia apabila kini bergelar bintang filem aksi antarabangsa sehingga prnah disebut-sebut sebagai pengganti James Bond berbangsa Asia yang pertama.

Henry Golding yang sebelum ini lebih popular menerusi filem-filem chick flick atau romantik-komedi, kini bergelar seorang ninja!

Nama Henry mula melonjak naik menerusi filem Crazy Rich Asians (2018). Wajah beliau yang tampan membuatkan beliau terus diberi kepercayaan memegang watak dalam kisah komedi-misteri A Simple Favor (2018) dan kisah cinta Last Christmas (2019).

Henry turut diberi peranan berat dalam drama Monsoon (2019) dan peranan kecil dalam The Gentlemen (2019) yang memaparkan hanya sedikit aksi.

Kali ini, beliau akhirnya diberikan watak utama dalam sebuah filem yang padat dengan aksi. Seperti yang kita semua maklum, ‘G.I. Joe’ dibawakan oleh syarikat pembuat alat permainan terkemuka Hasbro, yang juga sebelum ini telah menghasilkan filem-filem Transformers.