Kisah Perang Paling Pendek Dalam Sejarah Dunia 2

Kisah Perang Paling Pendek Dalam Sejarah Dunia

Tahukah anda apakah perang yang paling pendek pernah berlaku dalam sejarah dunia?

Perang Anglo-Zanzibar.

BACA: Rakyat Malaysia Mula Lancar Perang ‘Reverse Psychology’, #VisitIsrael Jadi Trending

Perang Anglo-Zanzibar merupakan konflik ketenteraan antara Empayar British dan Kesultanan Zanzibar pada 27 Ogos 1896 yang hanya berlangsung antara 38 hingga 45 minit.

Kisah Perang Paling Pendek Dalam Sejarah Dunia 1

Pencetus kepada perang ini adalah kemangkatan Sultan Hamad bin Thuwaini yang pro-Inggeris dan takhta digantikan oleh Sultan Khalid bin Bargash tanpa kebenaran British yang lebih menyukai Sultan Hamud bin Muhammed kerana dijangka takhta baginda dapat membantu kepentingan British di Afrika Timur.

Dalam satu perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1886, adanya syarat yang mana penggantian sultan perlulah mendapat persetujuan daripada konsulat British dan pelantikan Sultan Khalid tidak memenuhi syarat berkenaan.

Disebabkan itu, British mengarahkan Sultan Khalid supaya menyerah dan segera meninggalkan istana, namun arahan tersebut tidak baginda pedulikan.

Sebaliknya baginda mengerahkan sekitar 2,800 pengawal istana untuk menjaga keselamatannya dan mengurungkan diri di dalam istana.

Lokasi istana yang berada di tepi pantai dan pelabuhan bagaimanapun memudahkan British mengepung dan melancarkan serangan terhadap Khalid selepas tidak menerima respon daripada istana.

Marines_in_zanzibar

Dalam beberapa minit, seramai 500 orang pengawal istana sudah tercedera dan terkorban. Di pihak British pula hanya seorang sahaja pelaut yang tercedera.

Mengikut tempoh masa yang dicatatkan di Guinness World Records, Perang Anglo-Zanzibar ini hanya berlangsung sekitar 45 minit selepas bendera sultan diturunkan. Namun, media melaporkan ianya berlangsung sekitar 38 minit.

Kesan serangan tersebut, sebahagian struktur istana runtuh.

Zanzibar_palace_after_low

Kisah Perang Paling Pendek Dalam Sejarah Dunia 3

Hamud diangkat menjadi Sultan dan Khalid yang melarikan diri menggunakan pintu belakang dapat dibawa pulang menerusi ekstradisi.

Namun pada 2 Oktober, dilaporkan Khalid diseludup keluar dari negara oleh tentera laut Jerman sebelum ditangkap semula pada 1916 dan menjalani hukuman.

Selesai tempoh hukuman, Khalid dibenarkan untuk pulang ke Afrika Timur dan dilaporkan meninggal dunia pada tahun 1927.

Sumber:

  1. Wikipedia
  2. Britannica
  3. Fredo Wijayavarman