Ayahku Bukan Ayahku, Siapa Sebenarnya Pembunuh Dalam Filem ‘Blood & Ties’ 2

Ayahku Bukan Ayahku, Siapa Sebenarnya Pembunuh Dalam Filem ‘Blood & Ties’?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Di Netflix, semakin banyak filem dan drama Korea disajikan buat peminatnya di Malaysia. Antara yang menarik ialah filem thriller jenayah, Blood and Ties (2013) lakonan Son Ye-jin dan Kim Kap-soo.

BACA: 5 Filem Korea Selatan Yang Diadaptasi Daripada Kisah Jenayah Sebenar

Biarpun filem ini ditayangkan pada 2013, ianya masih relevan untuk ditonton pada hari ini.

Blood and Ties mengisahkan mengenai Da-eun (lakonan Son Ye-jin) yang baru sahaja menamatkan pengajian dan bercita-cita mahu menjadi wartawan. Da-eun tinggal bersama ayahnya, Son-man (lakonan Kim Kap-soo) yang sangat menyayanginya.

Ayahku Bukan Ayahku, Siapa Sebenarnya Pembunuh Dalam Filem ‘Blood & Ties’ 1

Namun satu hari, semasa beliau menonton satu filem yang dibuat berkaitan dengan satu kes jenayah culik dan bunuh yang tidak dapat diselesaikan sejak berbelas tahun lalu, Da-eun terpana apabila mendengar suara penjenayah di akhir filem yang meminta wang tebusan kepada ibu mangsa tersebut hampir sama dengan suara ayahnya.

Konflik ayah dan anak itu semakin memburuk apabila seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Shim datang dan menuntut sesuatu dari kisah lalu ayahnya.

Dengan masa yang semakin suntuk untuk tempoh pendakwaan berakhir, anda boleh tonton pengakhiran filem ini di Netflix.

Sebelum itu, apa kata anda tonton dahulu trailer filem ini di pautan bawah:

Sekiranya anda peminat filem atau drama Korea dengan genre jenayah, ada beberapa filem yang boleh anda tonton yang mana ia dihasilkan berdasarkan kisah jenayah sebenar.

1. Voice of a Murderer (2007)

Mengisahkan mengenai kehilangan anak lelaki pembaca berita popular Korea Selatan, Han Kyung-bae (lakonan Sol Kyung-gu) yang tiba-tiba hilang tanpa dikesan daripada taman permainan.

Tidak lama kemudian, Kyung-bae menerima satu panggilan daripada individu tidak dikenali yang mahukan pampasan sebagai pertukaran anaknya.

Namun pertukaran tersebut tidak berjaya susulan daripada isterinya, Oh Ji-sun (lakonan Kim Nam-joo) telah melibatkan polis.

Baca lanjut: 5 Filem Korea Selatan Yang Diadaptasi Daripada Kisah Jenayah Sebenar