Semak Semula Kiblat Anda Jam 5.16 Petang Hari Ini 5

Cara Semak Semula Kiblat Anda Jam 5.16 Petang Hari Ini

Cara Semak Semula Kiblat Anda Jam 5.16 Petang Hari Ini

Sempena fenomena Istiwa’ A’dzam hari ini, 28 Mei 2021, umat Islam boleh melakukan semakan semula kiblat yang tepat.

Dalam fenomena yang berlaku dua kali setahun ini, kedudukan matahari akan berada tepat di atas Kaabah iaitu pada jam 12.16 tengah hari waktu Mekah.

Semak Semula Kiblat Anda Jam 5.16 Petang Hari Ini 2

Menurut Jabatan Mufti Selangor, fenomena yang berlaku pada jam 5.16 petang hari ini boleh dibuat dengan beberapa langkah.

  1. Gunakan objek yang tegak dan lurus (90°) kemudian halakan objek ke arah cahaya matahari.
  2. Pastikan cuaca dalam keadaan baik (tidak mendung atau hujan) supaya bayang-bayang objek jelas kelihatan.
  3. Pada jam 5.16 petang, bayang yang terhasil daripada objek tersebut akan menunjukkan arah kiblat.

Rujuk gambar di bawah:

Semak Semula Kiblat Anda Jam 5.16 Petang Hari Ini 3

Jika anda sudah terlepas, jangan risau tanda kalendar anda pada 16 Julai pada jam 5.28 petang.

Anda boleh pastikan waktu semak kiblat yang dirujuk selaras dengan waktu sirim.

Rabu lalu, penduduk dunia berpeluang menyaksikan gerhana bulan penuh Super Flower Blood Moon yang mana berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada dalam kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayang umbra bumi, akan berlakunya fenomena bulan penuh.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Samsuddin Omar, ketika berlakunya gerhana, bulan dengan perlahan akan bertukar daripada warna putih mutiara kepada warna kemerahan selama 14 minit dan kembali ke warna asalnya dalam tempoh lima jam.

Di Malaysia, keadaan ini boleh disaksikan pada 26 Mei lalu bermula jam 4.47 petang sehingga 9.50 malam.

Baca lanjut: Jangan Ketinggalan Saksikan Fenomena Gerhana Bulan Penuh ‘Super Flower Blood Moon’ Rabu Ini