Bungkusan Bertali Dalam Masakan Santau

Wanita Tuduh Rakan Cuba Santau Selepas Temui ‘Bungkusan Aneh’ Dalam Masakan

Tuduh Rakan Cuba Santau Selepas Temui ‘Bungkusan Aneh’ Dalam Masakan.

Meskipun teknologi bergerak pantas setiap hari, amalan sihir, santau atau menuntut ilmu bercanggah ajaran Islam masih diamalkan segelintir masyarakat di dunia ini yang lain tak bukan hanyalah untuk keburukan.

Seorang wanita dari Jakarta mendakwa rakannya mahu menghantar sihir santau melalui masakan selepas terlihat satu bungkusan bertali dalam masakan sup yang disediakan rakannya itu.

Memetik sumber Suara.com, wanita berkenaan memuat naik t naik hantaran video masakan sup yang disediakan rakannya melalui akaun TikTok @jannah_04_ selepas percaya rakannya itu berniat jahat.

“Saya datang ke rumah rakan dan ketika itu dia sedang masak.

“Selepas melihat masakannya, saya jumpa satu bungkusan berbalut di dalam sup. Saya yakin dia berniat untuk menghantar santau kepada saya jadi saya enggan makan masakan itu,” tulis wanita itu pada video yang dimuat naik.

Kata wanita terbabit, video itu dirakam secara senyap dan berharap agar rakannya tidak menonton video yang dimuat naik.

@jannah_04_

Ini aku ambilnya diam2, semoga ngk fyp takut kawannku lihat 😬

♬ original sound – Linda Pašková

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen ‘menyekolahkan’ wanita itu kerana menyangka bungkusan aneh itu adalah bungkusan orang menyantau, padahal ia merupakan sup bunjut.

“Kalau masak soto banjar juga begitu, jika tidak digunakan (untuk masak sup), boleh juga dibaling ke kepala rakan yang curiga,” tulis seorang lagi netizen.

“Ternyata awak tidak pernah masak, itu merupakan rempahnya,” tulis netizen yang lain.

Bungkusan Bertali Dalam Masakan Santau

Video tersebut menjadi tular dan sudah ditonton sehingga 2 juta kali.

Mungkin wanita terbabit pernah menonton drama Nur (2018) yang mana terdapat satu babak yang memaparkan Aishah lakonan Noorkhiriah mendakwa Nur yang dijayakan Amyra Rosli sudah menyihir ahli keluarganya dan memasukkan sesuatu di dalam makanan.

Dia kemudiannya sanggup mencelup sup yang masih panas untuk mencari ‘barang’ tersebut dan menunjukkan kepada ahli keluarganya. Bagaimanapun ia sebenarnya adalah sup bunjut.

Bungkusan Bertali Dalam Masakan Santau

Situasi itu telah mmenyebabkan ramai penonton dan pengguna sosial media pecah perut kerana bahan itu diketahui ramai untuk menyedapkan masakan dan rupanya memang seakan-akan ‘barang’ yang digunakan dalam ilmu sihir.