Kain Buruk Pakaian Tradisional Iban

“Ini Kain Buruk”, Netizen Kesal Influencer Ini Tak Hormati Nilai Busana Tradisional Iban

“Ini Kain Buruk”, Netizen Kesal Influencer Ini Tak Hormati Nilai Busana Tradisional Iban.

Baru sahaja terpalit dengan penulisan komen kualiti kerjaya peguam susulan kes mahkamah Neelofa minggu lalu, influencer atau personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim yang popular dengan saluran Duriankimchi sekali lagi mengundang kecaman netizen.

Tindakan Ryzal mempersendakan pakaian tradisional kaum Iban menerusi video tular di media sosial telah membangkitkan kemarahan netizen.

Menerusi video tersebut, Ryzal merakamkan gelagat isterinya, Maryam You Narae yang merupakan warga Korea Selatan yang sedang bersiap-siap mengenakan pakaian tradisional kaum Iban, Ngepan yang menjadi antara kebanggaan rakyat Sarawak.

Bagaimanapun, gurauan spontan Ryzal yang mengatakan busana tradisional itu seperti duit syiling, kain buruk, dan alat meja telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial.

Begitu juga dengan pelakon Faye Kusairi dan Sharnaaz Ahmad yang turut meluahkan kekesalan terhadap video berkenaan.

Sebagai anak Sarawak, Faye menganggap tindakan Ryzal yang menggelarkan pakaian tradisional negeri itu telah mengguris hatinya.

“Tau tak ‘kain buruk’ yang awak cakap tu originally handmade and it takes a specific someone to dream about the design first.

“Lepas tu dia akan ke hutan mencari bahan untuk warnakan corak benang tu untuk ditenun and only yang dapat mimpi tu je mampu tenun based on her memory.

“Begitu majistik ‘kain buruk’ yang awak cakap tu. Ini baru cerita pasal kain.. belum lagi lain-lain,” luah Faye di Instagrammnya.

Kain Buruk Pakaian Tradisional Iban

Ryzal kemudian tampil membuat permohonan maaf menerusi laman Instagram miliknya dan telah menarik balik video berkenaan.

Jelasnya, dia tidak berniat untuk menghina pakaian tradisional itu, sebaliknya hanya sekadar gurauan.

Untuk pengetahuan semua, baju tradisional kaum wanita Iban ini teramat unik kerana hampir seluruh bajunya ditenun dan dipenuhi dengan corak yang mempunyai makna disebaliknya.

Menerusi Wikipedia, cara pemakaian Ngepan Indu Iban ini biasanya mempunyai maksud yang tertentu bagi setiap perhiasan yang dikenakan.

Kain Buruk Pakaian Tradisional Iban

Sekiranya, pengguna yang memakai ngepan dengan sesuka hati, ia boleh memberi kesan yang negatif kepada pakaian tradisional budaya masyarakat iban dan juga cara permakaian yang salah boleh menyebabkan pemakainya dipandang serong.

Maka, berhati-hatilah membuat sebarang gurauan walaupun tidak berniat sebegitu dan hormatilah setiap budaya penduduk di dunia ini.