Dah Vaksin Pun Perlu Elak, CDC Keluarkan ‘Ingatan’ Untuk Mereka Yang Mahu Ke Malaysia 4

Dah Vaksin Pun Perlu Elak, CDC Keluarkan ‘Ingatan’ Untuk Mereka Yang Mahu Ke Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dah Vaksin Pun Perlu Elak, CDC Keluarkan ‘Ingatan’ Untuk Mereka Yang Mahu Ke Malaysia

Hari ini, 26 Mei 2021, Malaysia sekali lagi mencatatkan kes tertinggi jangkitan COVID-19 dengan jumlah kes baharu sebanyak 7,478 membawa kepada jumlah keseluruhan setakat ini ialah 533,367 kes.

Susulan peningkatan kes sejak beberapa minggu lalu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centres for Disease Control and Prevention) telah mengeluarkan peringatan kepada pengembara yang ingin ke Malaysia.

Dah Vaksin Pun Perlu Elak, CDC Keluarkan ‘Ingatan’ Untuk Mereka Yang Mahu Ke Malaysia 2

Malaysia kini berada di tahap empat, tahap tertinggi yang mana semua yang mahu ke Malaysia perlulah mengelakkanya kerana situasi semasa di Malaysia tetap membolehkan mereka yang sudah lengkap dos suntikan vaksin turut terkena jangkitan, seterusnya menyebarkan varian COVID-19.

CDC turut menekan sekiranya mahu masuk ke Malaysia, pastikan dos suntikan vaksin sudah lengkap dan mengikut prosedur yang ditetapkan kerajaan Malaysia termasuklah memakai pelitup muka dan menjaga jarak sosial.

Dah Vaksin Pun Perlu Elak, CDC Keluarkan ‘Ingatan’ Untuk Mereka Yang Mahu Ke Malaysia 1

Untuk pengetahuan anda, menurut CDC ada lima tahap COVID-19:

  • Tahap Tidak Diketahui
  • Tahap 1: Rendah
  • Tahap 2: Sederhana
  • Tahap 3: Tinggi
  • Tahap 4: Sangat Tinggi

CDC merupakan sebuah agensi kawalan dan pencegahan penyakit kebangsaan di Amerika Syarikat. Berada di bawah bidang kuasa Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia yang beribu pejabat di Georgia, Amerika Syarikat, CDC bertindak sebagai badan yang melindungi kesihatan dan keselamatan awam dengan menyediakan maklumat.

Dah Vaksin Pun Perlu Elak, CDC Keluarkan ‘Ingatan’ Untuk Mereka Yang Mahu Ke Malaysia 3
Sumber: Nikkei Asia

Malah badan ini juga bertanggungjawab mempromosikan kesihatan melalui kerjasama antara jabatan kesihatan negeri dan organisasi lain.

Pada satu ketika dahulu iaitu pada Julai 2020, Malaysia pernah tersenarai sebagai sebuah negara kedua terbaik ‘anti-pandemik’ di dunia.

BACA: Malaysia Tersenarai Sebagai Negara Kedua Terbaik ‘Anti-Pandemik’ Di Dunia

Dalam menangani pandemik COVID-19, Malaysia menjadi tumpuan dunia selepas tersenarai sebagai salah sebuah negara contoh yang berjaya mengawal penularan wabak.

Kali ini, Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan selepas berada di kedudukan kedua selepas Taiwan dalam carta anti-pandemik hasil kajian sebuah pasukan kumpulan pemikir (think tank) dari Jepun.

Menerusi beberapa penilaian, Malaysia berjaya mengumpul 144 mata, kurang 36 mata dari Taiwan yang berada di tangga pertama dengan keseluruhan mata 180 daripada mata penuh 200.