YB Tajuddin 3

Turun Padang Tinjau Lokasi Kemalangan, Pelitup Muka Pengerusi Prasarana Curi Perhatian Netizen

Turun Padang Tinjau Lokasi Kemalangan, Pelitup Muka Pengerusi Prasarana Curi Perhatian Netizen

Malam 24 Mei lepas, negara dikejutkan dengan berita dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) dari arah bertentangan yang bertembung di ibu negara.

47 mangsa dilaporkan cedera parah, manakala 166 lagi mangsa dilaporkan cedera ringan dan menerima rawatan segera di tempat kejadian.

BACA: Covid-19: Sekotak Penutup Mulut Dan Hidung Di Indonesia Dijual Lebih Mahal Dari Harga Emas

Kehadiran Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd, Tajuddin Abdul Rahman di lokasi kejadian kemalangan tersebut mencuri tumpuan netizen apabila beliau tampil dengan pelitup muka yang unik.

Hasil ‘siasatan’ netizen, mereka mendapati bahawa harga  pelitup muka yang dipakai YB Pasir Salak ini bukan biasa-biasa.

Turun Padang Tinjau Lokasi Kemalangan, Pelitup Muka Pengerusi Prasarana Curi Perhatian Netizen 1
Sumber: The Vibes

Untuk pengetahuan anda, pelitup muka tersebut merupakan salah satu produk LG PuriCare iaitu LG Puricare Wearable Air Purifier yang boleh didapati di Shopee dengan harga sekitar RM1,699.

YB Tajuddin 1

YB Tajuddin 2

Sumber: LG HK

Dengan harga yang premium, pengguna pelitup muka ini ditawarkan dengan ciri pembersihan udara yang mampu menapis sehingga 99.95% bakteria, habuk, virus dan alergen yang dibawa udara.

Turun Padang Tinjau Lokasi Kemalangan, Pelitup Muka Pengerusi Prasarana Curi Perhatian Netizen 4
Sumber: Parka Blogs

Malah ia turut dilengkapkan dengan dua kipas terpasang (yang hanya boleh didengar sekiranya anda berada di kawasan yang sangat tenang) untuk membantu pengguna bernafas dengan lebih baik.

Dengan ketahanan bateri sehingga lapan jam sekiranya menggunakan kipas berkelajuan rendah, pelitup muka ini boleh dicaj semula dan diulang pakai.

Turun Padang Tinjau Lokasi Kemalangan, Pelitup Muka Pengerusi Prasarana Curi Perhatian Netizen 5
Sumber: Parka Blogs

Sementara itu, tanda pagar #TajuddinLetakJawatan menjadi trending di sosial media selepas beberapa kenyataan beliau yang didakwa sebagai tidak sensitif terhadap insiden kemalangan tersebut.

Dalam masa yang sama, pihak polis dikatakan sudah membuka kertas siasatan terhadap beliau selepas didapati tidak memakai pelitup muka semasa sidang media.

YB Tajuddin

 

Turun Padang Tinjau Lokasi Kemalangan, Pelitup Muka Pengerusi Prasarana Curi Perhatian Netizen 2
Sumber: FMT

Pemakaian pelitup muka adalah wajib di bawah Akta 342, berdasarkan pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan ia turut diaplikasikan pada mereka yang memakai niqab atau pun face shield.

Kegagalan melakukannya merupakan salah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Sebentar tadi saya telefon Pengerusi Prasarana, Tajuddin Abdul Rahman yang juga merupakan Ahli Parlimen UMNO. Dan dia…

Posted by Najib Razak on Tuesday, 25 May 2021