
Jadi Trend Sejak Pandemik, Polis Sahkan Layanan ‘Dine-In’ Dalam Kenderaan Langgar SOP
Layanan ‘Dine-In’ Dalam Kenderaan Langgar SOP.
Konsep makan dalam kereta (dine-in) terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menjadi pilihan ramai dan mula menjadi pendekatan baharu pemilik kafe.
Menerusi konsep baharu ini orang awam berasa tertarik meskipun tidak dapat makan di kedai kegemaran, dapat makan berhampiran kedai pun sudah mencukupi.
Pelanggan boleh menikmati makanan dengan meletakkan kenderaan masing-masing di tempat letak kereta.
Manakala seorang daripada pelanggan perlu keluar dan membuat pesanan di dalam kedai seterusnya kakitangan restoran akan menghantar hidangan kepada mereka.
Walau bagaimanapun, inisiatif sebegini dilihat telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan boleh dikenakan kompaun oleh pihak berkuasa.
Menerusi kenyataan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, menyediakan makanan untuk makan di dalam kereta bukan dikategorikan sebagai perkhidmatan bawa pulang.
“Aktiviti ini boleh dikompaun kerana tidak patuhi SOP. Ingin saya tegaskan bahawa aktiviti melayan pelanggan dengan membawa makanan untuk dimakan dalam kenderaan (sendiri atau kenderaan yg disediakan oleh restoran) dan mengambil semula bekas makanan dari pelanggan bukan dikategorikan sebagai bawa pulang,” tegasnya.
Ia adalah sebahagian daripada syarat SOP yang diperketatkan bagi mengawal penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan.
Di Kuching, layanan dine-in dalam kenderaan semakin mendapat tempat dengan beberapa premis makanan telah melaksanakan kaedah seperti itu.
Sehubungan itu, Aidi berkata, walaupun ia disifatkan pendekatan atau inisiatif yang diusahakan peniaga tetapi SOP tidak dibenarkan dine-in perlu difahami dengan jelas.
Sumber: Awani
Trending now



