
Tanda Solidariti, Maldives Putuskan Hubungan Dengan Israel
Maldives putuskan segala bentuk hubungan termasuk import produk dari Israel.
Maldives, sebuah negara yang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya. Bahkan, turut dilabel sebagai syurga dunia dek kerana keindahan serta kecantikan alam di sana.
Baru sahaja mengumumkan gencatan senjata pada Jumaat lalu, dilaorkan berlakunya pertembungan antara polis Israel dengan warga Palestin di perkarangan Masjid Al-Aqsa. Hal ini menandakan rejim Zionis tidak akan berdiam diri dan sentiasa menimbulkan kekecohan di sana.
Sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin, Maldives mengumumkan pemutusan segala bentuk hubungan dengan Israel.
Menerusi ciapan Twitter rasmi Presiden Maldives, Ibrahim Mohamed Solih berkata rakyat Maldives berdiri teguh di samping penduduk Palestin dan turut menggunakan tanda pagar #FreePalestine.
Menjelaskan pendirian dan prinsip Maldives terhadap Israel, Jurucakap Presiden, Mohamed Mabrook Solih berkata kerajaannya menentang ketidakadilan Israel dan berpegang pada solidariti dengan perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan hak mereka yang dinafikan dari negara sendiri.
Mohamed juga mengumumkan bahawa Maldives menangguhkan semua industri import produk yang berasal dari Israel.
The stance of Maldives is clear; we stand against injustice and in solidarity with the Palestinian people’s struggle to secure their inalienable right to statehood.
All relations between Maldives and Israel remain suspended, including the ban on Israeli products.#FreePalestine https://t.co/i6uz2xd8gM
— Mabrook Azeez (@MvSpokesperson) May 18, 2021
Untuk makluman, aktiviti import produk Israel telah dilarang di Maldives sejak tahun 2014. Hanya produk perubatan khas sahaja yang boleh diimport dan ia memerlukan keizinan khas kerajaan.
Walaupun beberapa negara Arab seperti Mesir, Jordan dan UAE menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, Malaysia tetap konsisten menjaga hak Palestin sahaja.
BACA: Palestin Dikhianati, UAE Dan Israel Umum Perjanjian Damai
Begitu juga dengan Turki yang lantang mengecam penjajahan Israel di Tebing Barat serta layanan ke atas warga Palestin, negara itu bagaimanapun tidak membuat keputusan memutuskan hubungan diplomatik atau dagang dengan Israel.
Sementara itu, Maldives yang sektor pelancongan menjadi antara sumber ekonomi utamanya menawarkan vaksin COVID-19 kepada pelancong yang masuk ke pulau itu.
Sumber: The Edition
Trending now



