Berimpian Ada 100 Isteri, Lelaki Zimbabwe Dengan 16 Isteri & 151 Anak Luah Hasrat Mahu Berkahwin Lagi 3

Berimpian Ada 100 Isteri, Lelaki Zimbabwe Dengan 16 Isteri & 151 Anak Luah Hasrat Mahu Berkahwin Lagi

Seorang lelaki Zimbabwe pernah mencuri tumpuan dunia apabila beliau memiliki 16 orang isteri dengan 151 orang anak-anak.

BACA: Di Negeri Ini Dapatkan Teman Wanita Lebih Mudah Daripada Cari Kerja

Tidak pernah berniat untuk berhenti, Misheck Nyandoro, 66 tahun kini dalam perancangan untuk berkahwin kali ke-17.

Berimpian Ada 100 Isteri, Lelaki Zimbabwe Dengan 16 Isteri & 151 Anak Luah Hasrat Mahu Berkahwin Lagi

Beliau yang merupakan askar perang pencen turut mendakwa kerja sepenuh masanya sekarang ialah ‘memuaskan isteri-isterinya’ yang memasak, membersih dan melayan segala kehendaknya.

Berimpian untuk memiliki 100 orag isteri dengan 1,000 orang anak, projek memiliki 100 isteri ini digelar sebagai ‘projek poligami’ yang dimulakan sejak 1983.

Berimpian Ada 100 Isteri, Lelaki Zimbabwe Dengan 16 Isteri & 151 Anak Luah Hasrat Mahu Berkahwin Lagi 1

Tidak berhasrat untuk berhenti sehinggalah ajal menjemputnya, Misheck berkata ini adalah salah satu cara beliau sebagai warganegara Zimbabwe (lelaki Zimbabwe) untuk beliau membantu dalam mengembangkan populasi rakyat di Zimbabwe.

“Saya akan pergi ke bilik isteri saya mengikut jadual yang sudah saya buat. Saya bertindak mengikut usia isteri saya.

Layanan saya pada isteri-isteri yang muda berbeza dengan isteri-isteri saya yang sudah berumur.”

Biarpun memiliki keluarga yang besar, namun beban ekonomi yang ditanggung Misheck tidaklah seberapa kerana beliau mengakui menerima manfaat daripada saiz keluarganya.

“Anak-anak memanjakan saya. Saya sentiasa menerima hadiah atau pun wang tunai daripada anak-anak saya (termasuklah anak-anak tiri).

Setiap isteri akan memasak untuk saya setiap hari tetapi peraturannya saya hanya akan makan makanan yang sedap. Jika makanan tersebut rasanya di bawah ‘standard’, ianya akan dibuang.

Mereka tahu dan berjanji tidak akan marah apabila saya menghantar semula makanan mereka. Setiap makanan yang dihantar semula akan menjadi pengajaran untuk membantu mereka meningkat diri.”

Sebelum ini, di  bandar Dongguan, China, memiliki lebih daripada seorang teman wanita adalah normal di sana kerana populasi wanita yang tinggal di sana adalah jauh lebih tinggi daripada lelaki.