7-Eleven Onigiri Malaysia

Ini Sebab Kenapa Anda Patut Cuba Perisa Baharu Onigiri 7-Eleven

Kalau sebut 7-Eleven, mesti terbayang Slurpee bukan? Tapi, sekarang sudah ada pelbagai jenis menu dan produk di kedai serbaneka popular ini.

Cakap mengenai menu di 7-Eleven, penggemar budaya serta makanan Jepun pastinya tahu mengenai onigiri. Hidangan yang lazimnya berbentuk segitiga dan mudah untuk dimakan di mana-mana sahaja.

7-Eleven Malaysia melancarkan produk onigiri dengan beberapa perisa baharu yang pasti buat penggemar teruja.

7-Eleven hadir dengan 9 perisa onigiri yang pasti tidak mahu anda terlepas peluang!

7-Eleven Onigiri Malaysia

Selain perisa Teriyaki Chicken Onigiri dan Tuna Mayo Onigiri yang bukan sahaja menjadi all-time favourite pelanggan 7E, beberapa perisa lain pasti menjadi senarai baharu makanan 7E anda. Kedua-dua perisa ini hanya berharga RM3.70!

Chuka Idako Onigiri iaitu nasi kepal Jepun berintikan sotong kurita kecil yang diperasakan dengan sos merah khas beserta taburan bijan. Rasanya yang manis dan kenyal ini dijual pada harga RM4.50.

7-Eleven Malaysia Onigiri

Untuk Salmon Teriyaki Onigiri (RM4.20), pasti akan mengingatkan anda dengan hidangan mudah tetapi buat anda cukup kenyang.

Nak rasa ke arah lebih klasik? Anda boleh cuba Smoked Salmon Cream Cheese Onigiri yang dijual pada harga RM4.50. Dijamin dapat memuaskan keinginan keju anda dengan perisa menarik ini.

Mahu rasa betul-betul seperti makanan Jepun, anda boleh cuba Tobiko Kani Mayo Onigiri (RM4.20) yang pasti memberi rasa umami kepada anda.

Selain itu, pilih Wasabi Abalone Onigiri (RM5.00) atau Unagi Onigiri (RM5.50) bagi sesiapa yang mempunyai taste standards yang tinggi.

IMG_1647

Ingin cuba perisa berbeza daripada yang lain? Mungkin boleh pilih Soy Garlic Chicken Onigiri (RM3.70). Diperasakan dengan sos kacang soya, halia dan bawang putih, berintikan ketulan ayam manis masin yang rangup ini pasti buat anda puas hati.

Apa lagi, pergi ke mana-mana cawangan 7-Eleven terdekat anda untuk menikmati pelbagai perisa onigiri mereka pada hari ini!

Jangan lupa muat turun aplikasi My7E 7-Eleven Malaysia di Google Play atau Apple Store untuk menikmati harga diskaun dan ganjaran.