Vicenzo Final Director Cut 1

Tahu Ramai Yang Masih Belum Move On, TVING Bakal Keluarkan ‘Vicenzo Final Director’s Cut’ 21 Mei Ini!

Peminat Vicenzo Cassano sekalian, sudah bersedia dengan Vicenzo: Final Director’s Cut?

Biarpun sudah melabuhkan tirai 2 Mei lalu, ramai sebenarnya yang masih belum move on dengan drama komedi gelap bertemakan mafia, Vicenzo.

BACA: Penonton Terpana Lihat Babak Dalam Drama ‘Vicenzo’ Sebenarnya Guna Teknik CGI

Sehinggakan drama ini tetap menjadi nombor satu berturut-turut di platform penstriman Netflix sampai ke hari ini.

Vicenzo Final Director Cut

Sedar masih ramai yang masih belum move on, aplikasi TVING mendedahkan mereka akan melancarkan Vicenzo: Final Director’s Cut sebagai hadiah kepada peminatnya pada 21 Mei ini.

Yang mana dalam episod ini, babak-babak yang dipotong daripada episod terakhir Vicenzo akan ditayangkan selepas proses penyuntingan dibuat.

Tapi, episod ini eksklusif di TVING sahaja. Harap-harap akan keluar jugalah di Netflix nanti.