
Penantian 10 Tahun Berakhir, John Boyega Kembali Lagi Untuk Melawan Makhluk Asing Ganas
Sebelum terpilih untuk menyertai angkatan Stormtroopers dalam francais Star Wars, John Boyega terlebih dahulu terpaksa melawan makhluk asing di kawasan kejiranan rumahnya.

Filem yang dimaksudkan ialah Attack The Block (2011) yang dibintanginya sedekad yang lepas. Filem British inilah yang mengangkat namanya sehingga beliau terkenal di Amerika Syarikat.
Menurut portal Deadline, John Boyega bakal membintangi filem susulannya iaitu Attack The Block 2. Pengarah asalnya, Joe Cornish yang sebelum ini ditugaskan untuk menulis lakon layar filem Ant-Man (2015), turut akan kembali.
Mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang diketuai oleh Moses, yang terpaksa bermati-matian mempertahankan kompleks pangsapuri yang didiami mereka dari serangan makhluk asing.
Pelbagai kejadian lucu, mendebarkan dan menakutkan berlaku pada satu malam yang menyaksikan London diserang oleh makhluk asing yang ngeri dan ganas.
“Moses merupakan salah satu watak kegemaran saya dan melakonkannya kembali merupakan satu penghormatan yang besar,” ujar John Boyega.
Tonton trelernya di sini:
Sekali lagi, filem ini dibawakan oleh James Wilson dan Nira Park yang pernah menerbitkan filem Shaun of the Dead (2004). Attack The Block turut dibintangi oleh Jodie Whittaker, Alex Esmail, Leeon Jones dan Nick Frost. Namun setakat ini, hanya John Boyega yang disahkan bakal kembali.
Sumber: IGN
Trending now



