Cara Tebus eBelia RM150

RM150 Kredit eBelia, Hanya 4 Aplikasi E-Dompet Ini Sahaja Boleh Ditebus Mulai 1 Jun

Cara tebus RM150 Kredit eBelia.

Program eBelia merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2021 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.

Inisiatif ini memberikan manfaat kepada dua juta belia dan mahasiswa yang menuntut di institut pengajian tinggi di sini dengan peruntukan sebanyak RM300 juta.

Mereka yang layak boleh menebus kredit e-wallet sebanyak RM150 menerusi aplikasi e-dompet terpilih, yang akan disertakan dengan insentif tambahan dalam bentuk cash back, baucar, mata terkumpul atau coins sepanjang tempoh kempen.

Cara Tebus eBelia RM150

Bantuan kredit eBelia sebanyak RM150 ini akan dibuka kepada warganegara Malaysia yang layak akan dibuka bermula 1 Jun 2021 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021.

Siapa yang layak?

  • Belia berumur 18 hingga 20 tahun
  • Belia yang sedang belajar di IPT secara sepenuh masa sahaja (diploma / SKM4 ke atas)

Penyediaan perkhidmataan e-dompet terpilih:

  • Touch n Go eWallet
  • Boost
  • Grab Pay
  • BigPay

Cara penebusan kredit RM150 eBelia secara percuma:

  1.  Muat turun salah satu penyedia perkhidmatan e-Tunai eBelia yang terpilih.
  2.  Isikan butiran lengkap dan verifikasi akaun untuk pengesahan.
  3.  Anda boleh membuat tuntutan mulai 1 Jun hingga 22 Julai 2021.
  4.  Hanya 1 akaun boleh dituntut oleh setiap belia yang layak.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari di laman Belanjawan 2021.

Selamat menebus!

BACA: Kerajaan Beri Bantuan Sehingga RM300 Untuk Beli Peranti. Ini Cara Untuk Semak Kelayakan