‘No Mercy’ Filem Penuh Aksi Lakonan Lee Si-Young Kini Di Netflix 1

‘No Mercy’ Filem Penuh Aksi Lakonan Lee Si-Young Kini Di Netflix

‘No Mercy’ Filem Penuh Aksi Lakonan Lee Si-Young Kini Di Netflix

Meraih populariti menerusi watak sebagai bekas anggota bomba dalam drama Sweet Home, Lee Si-Young sebenarnya banyak berlakon dalam filem yang memerlukan beliau beraksi lasak.

BACA: Kebarangkalian Musim Ke-2 ‘Sweet Home’

Antaranya yang menarik perhatian ialah filem No Mercy lakonan beliau yang baru sahaja ditayangkan di Netflix.

No Mercy mengisahkan mengenai In-ae (lakonan Lee Si-Young) yang bekerja sebagai seorang pengawal peribadi.

Satu hari, beliau menyaksikan adik perempuannya, Eun-hye (Park Se-wan) menjadi mangsa seroang ahli politik. Berang dengan apa yang beliau lihat, In-ae menyerang ahli politik tersebut dan menikam sebelah matanya.

‘No Mercy’ Filem Penuh Aksi Lakonan Lee Si-Young Kini Di Netflix 2

Namun habuannya beliau dipenjarakan selama satu tahun setengah.

Selepas keluar dari penjara, In-ae gembira kerana dapat tinggal semula bersama adiknya. Namun Eun-hye yang mengalami kecacatan mental  selalu menjadi mangsa buli dan dieksploitasi rakan-rakannya.

Sehinggalah pada satu hari, Eun-hye diculik sekumpulan gangster untuk diperdagangkan.

In-ae yang bimbang kerana adiknya tidak pulang membuat laporan polis, namun pihak polis enggan untuk bertindak dengan alasan kejadian tersebut masih awal.

In-ae yang tiada pilihan lain terpaksa bertindak sendiri untuk mencari adiknya yang menjadi mangsa pemerdagangan pihak tidak bertanggungjawab.

‘No Mercy’ Filem Penuh Aksi Lakonan Lee Si-Young Kini Di Netflix 3

Tonton trailer filem No Mercy di pautan bawah:

Untuk menonton filem penuh aksi lakonan Lee Si-Young di Netflix, anda boleh KLIK DI SINI.

Tahukah anda Henry Golding yang merupakan anak kelahiran Sarawak, Malaysia ini berjaya menjadi kebanggan rakyat Malaysia apabila kini bergelar bintang filem aksi antarabangsa?

Pernah disebut-sebut sebagai pengganti James Bond berbangsa Asia yang pertama, Henry Golding yang sebelum ini lebih popular menerusi filem-filem chick flick atau romantik-komedi, kini bergelar seorang ninja!

Baca lanjut di: Menjadi Kebanggaan Malaysia, Henry Golding Kini Bergelar Bintang Filem Aksi Antarabangsa