0

Ramai Yang Tidak Percaya, Lihat Sendiri Perubahan Ketara Lily James Yang Menggemparkan!

Sebelum ini Lily James sering memikul watak gadis comel yang sopan dan berbudi pekerti. Lihat saja filem-filemnya sebelum ini seperti Cinderella (2015), Pride and Prejudice and Zombies (2016), Baby Driver (2017), Mamma Mia! Here We Go Again (2018), Yesterday (2019) dan Rebecca (2020).

1
Wajah terbaru Lily James (Kredit: Hulu)

Tiada siapa pun yang menyangka perubahan fizikal yang dilakukan oleh Lily James untuk memegang watak Pamela Anderson dalam siri TV saluran Hulu berjudul Pam & Tommy.

2
Lily James sebagai Cinderella (Kredit: Walt Disney Studios Motion Pictures)

Sebelum ini, ramai yang tidak yakin kerana pelakon British ini tiada iras dan susuk tubuh Pamela langsung. Namun, foto-foto edaran Hulu, peminat dan paparazzi yang tersebar baru-baru ini berjaya membuktikan Lily James kini seolah-olah ‘menjelma’ dan ‘bertukar terus’ menjadi Pamela Anderson.

Turut disertakan ialah foto watak Tommy Lee lakonan Sebastian Stan yang baru selesai dengan siri The Falcon and the Winter Soldier (2021) terbitan Disney+.

Siri TV 8 episod ini berkisar tentang kisah benar yang dialami oleh pengasas/pemain dram Motley Crüe iaitu Tommy Lee dan model/bintang siri Baywatch (1989-2001), Pamela Anderson yang berkahwin selepas hanya saling mengenali selama 96 jam.

Turut akan dipaparkan ialah bagaimana peristiwa menggemparkan dunia ketika itu yang melibatkan pita seks bulan madu mereka yang dicuri dan dibocorkan kepada umum. Dibantu oleh Seth Rogen sebagai pencuri pita tersebut dan Nick Offerman sebagai seorang usahawan porno.

3
Yang mana satu yang original? (Kredit: Hulu, FilmMagic)

Seth Rogen turut menggalas tugas sebagai penerbit siri ini bersama dengan Dave Franco. Abang beliau, James Franco tidak terlibat langsung dengan proses pembikinan siri ini (BACA: Seth Rogen Serik Berlakon Bersama James Franco, Ini Punca Sebenarnya).

Tarikh siri ini akan mula ditayangkan masih belum didedahkan. Tidak dipastikan juga sama ada siri ini lulus untuk tayangannya di Malaysia atau tidak.

Sumber: ComingSoon.net