
Lantang Bersuara Dan Ikut Protes Di New York, Israel Anggap Bella Hadid Memalukan
Pergolakan dan serangan tentera Israel ke atas bumi Palestin sememangnya membuka mata ramai, bukan sahaja para pemimpin negara, malah selebriti Hollywood yang turut melontarkan suara penentangan ke atas tindakan kejam tersebut.
Menerusi media sosial, ramai selebriti terkemuka tidak duduk diam menyatakan solidariti mereka, malah mengecam tindakan Israel menyerang Palestin sehingga mengorbankan ratusan nyawa dalam kejadian yang sehingga hari ini masih belum reda.
Bukan sahaja lantang bersuara di media sosial, supermodel terkemuka, Bella Hadid turut ikuti perarakan dalam domenstrasi mengutuk Israel di bandaraya New York yang diadakan semalam.
Bella Hadid yang berusia 24 tahun, dilihat berada dalam demonstrasi membawa bendera Palestin sebagai tanda sokongan terhadap rakyat di sana yang kini dihujani dengan serangan bom dari Zionis.
Tindakan yang dilakukan supermodel berdarah Palestin dari sebelah ayahnya, Mohamed Hadid bagaimanapun mengundang kecaman Israel.
Menerusi ciapan pentadbiran Israel di laman sosial Twitter, penglibatan Bella dianggap sama seperti meminta ‘negara Yahudi dihapuskan’.
“Apabila selebriti seperti @BellaHadid menyokong membuang orang Yahudi ke laut, mereka secara tidak langsung menyokong menghapuskan negara Yahudi.
“Ini tidak seharusnya menjadi isu Israel-Palestin. Ini harus menjadi isu kemanusiaan. Awak (Bella) patut berasa malu,” tulisnya dengan turut memuat naik tangkap layar rakaman Bella ketika demonstrasi jalanan itu.
When celebrities like @BellaHadid advocate for throwing Jews into the sea, they are advocating for the elimination of the Jewish State.
This shouldn't be an Israeli-Palestinian issue. This should be a human issue.
Shame on you.#IsraelUnderAttack pic.twitter.com/PJQHT90cNy
— Israel ישראל (@Israel) May 16, 2021
Demonstrasi protes yang berlangsung di Bay Ridge dihadiri beribu-ribu penunjuk perasaan ketika Israel bertubi-tubi menyerang Gaza.
Menurut laporan portal berita Page Six, populariti dan pengaruh yang dimiliki Bella membuatkan semakin ramai orang menentang Israel dan menyokong gerakan membantah serangan Rejim Zionis ke atas Palestin.
Walaupun pentadbir Israel berusaha menunjukkan dunia bahawa merekalah yang menjadi mangsa dan diserang lebih teruk, rata-rata komen netizen menyelar tindakan disebalik pentadbir media sosial Israel itu.
Tambahan pula, netizen turut tertanya-tanya dimanakah kata-kata Bella yang menyatakan sokongan untuk ‘membuang orang Yahudi’ ke laut, sedangkan dalam rakaman tersebut hanyalah laungan ‘from the river to sea, Palestine will be free’.
https://twitter.com/hilaryr/status/1394149164360085505
Shame on you for your manipulative disinformation.
FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE! 🇵🇸🇵🇸
FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE! 🇵🇸🇵🇸
FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE! 🇵🇸🇵🇸
FROM THE RIVER TO THE SEA, #PalestineWillBeFree 🇵🇸🇵🇸
— Usama Khilji (@UsamaKhilji) May 16, 2021
BACA: Solidariti Buat Palestin Dari Bintang-Bintang Bolasepak Di Seluruh Dunia
Trending now



