Tempat Perlindungan Bawah Tanah Israel

‘Ada Gim, Bar, Studio Tarian’ – Lihat Rupa Tempat Perlindungan Bawah Tanah Israel Yang Serba Mewah

Rupa Tempat Perlindungan Bawah Tanah Israel Yang Serba Mewah.

Tempat perlindungan bawah tanah yang turut dikenali sebagai tempat perlindungan serbuan udara adalah struktur untuk perlindungan bukan pejuang begitu juga pejuang terhadap serangan musuh dari udara.

Dahulu, ia banyak digunakan ketika Perang Dunia Kedua meletus untuk berlindung daripada serangan udara. Keluasannya pula mampu memuatkan sehingga 30 ke 40 orang dalam satu-satu masa.

Konflik yang berlaku antara Zionis dan penduduk Palestin telah memasuki hari ketujuh hari ini. Serangan berterusan yang dilakukan Zionis telah menyebabkan peningkatan angka korban penduduk Palestin termasuk daripada kalangan kanak-kanak, warga emas dan wanita.

BACA: Berterima Kasih Pada Netizen Malaysia Kerana Buat Beliau Terkenal, Ciapan ‘Koyak To You Too’ Rakyat Israel Ini Penuh Balasan Kecaman

Kebanyakannya terkorban dan cedera akibat serangan udara berterusan Israel yang memusnahkan bangunan dan penempatan di Gaza.

Sementara di Israel, kebanyakan mereka sempat berlindung di tempat perlindungan bawah tanah. Dilaporkan, terdapat hampir sejuta tempat perlindungan bom untuk 9 juta penduduknya.

Malahan, mereka juga menganggap pembinaan tempat perlindungan bawah tanah itu mampu menghalang apabila tibanya hari kiamat.

Rasa tidak selamat walaupun telah menubuhkan negara sendiri sejak 1948, mereka telah membina hampir sejuta tempat perlindungan bawah tanah di setiap taman perumahan, tempat awam, dan lain-lain di seluruh Israel dan wilayahnya.

Disebabkan kerap juga mereka bergegas berlindung di tempat perlindungan bawah tanah apabila munculnya siren amaran, kawasan itu semakin lama mula diubah suai kepada bar, gim, studio tarian, tempat bersantai dan pelbagai lagi untuk kesenangan mereka.

Sebilangan besar tempat perlindungan bawah tanah ini dibina di bangunan awam, kawasan perindustrian, setiap kediaman, bahkan ada juga di kawasan tepi pantai sejak diluluskan dalam undang-undang pada 1951.

Tempat perlindungan serangan udara mereka terdiri daripada pelbagai bentuk dan saiz. Misalnya, garaj bawah tanah diubah suai menjadi tempat perlindungan kalis bom, struktur sekolah pula dibina dengan konkrit bertetulang berserta tingkap tahan letupan.

Lihat rupa bentuk tempat perlindungan serangan udara yang diubah suai.

Tempat Perlindungan Bawah Tanah Israel
Sumber: Insider

Tempat Perlindungan Bawah Tanah Israel

53dfba2c6da8118c69af27ea

53dfbd2aeab8eaea37dfd633

3400

3508

3540 (1)

Tempat Perlindungan Bawah Tanah Israel

Tempat Perlindungan Bawah Tanah Israel

3430

Sumber: The Guardian, Washington Post, Business Insider