
8 Aplikasi Telefon Pintar Yang Dibangunkan Di Israel Dan Digunakan Setiap Hari Oleh Rakyat Malaysia
Menurut Wikipedia, terdapat lebih 380 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) milik syarikat multinasional bertapak di Israel buat masa ini.
Syarikat-syarikat gergasi antarabangsa dari Amerika Syarikat, Jerman, Rusia, Perancis, Switzerland, Finland, Belanda, China, India, Jepun, Taiwan, Korea Selatan sehinggalah jiran kita Singapura semuanya mempunyai pusat operasi di hab teknologi Israel yang dikenali sebagai Silicon Wadi.
Di antara syarikat-syarikat tersebut ialah Amazon, eBay, Apple, Microsoft, Facebook, Google, Dell, HP, Nokia, Intel, LG, Samsung, Sony, Toshiba, Lenovo, Huawei, Xiaomi, Nvidia, Pfizer, Seagate, Western Digital, Honda, Mercedes-Benz, Johnson & Johnson, Nestle dan banyak lagi.
Google misalnya telah bertapak di Tel Aviv sejak 2006. Tidak hairanlah kerana pengasas Google sendiri iaitu Larry Page dan Sergey Brin adalah berketurunan Yahudi. Sama juga dengan Mark Zuckerberg yang dengan bangganya mencuri idea, merampas dan mengaku Facebook adalah miliknya.

Albert Einstein yang disebut-sebut sebagai manusia paling “genius” sepanjang zaman juga merupakan seorang Yahudi pejuang fahaman Zionism. Ya, Yahudi amat berbangga dengan keturunan mereka. Kini, industri hiburan, makanan, telekomunikasi, sistem perbankan dan ekonomi dunia semuanya dipegang oleh mereka.
Setiap hari kita menggunakan telefon pintar, Google dan Facebook, kan? Cuba belek-belek sebentar telefon tu dan perhatikan sama ada kita juga pernah menggunakan aplikasi-aplikasi ciptaan Israel berikut:
1) Waze Navigation & Live Traffic (Waze Mobile – Ra’anana, Israel/Google – Palo Alto, California)
2) Couch to 5K Runner (Fitness22 – Petah Tiqwa, Israel)
3) 24me Smart Personal Assistant (24me – Ganey Tikva, Israel)
4) Facetune (Lightricks – Jerusalem, Israel)
5) Viber Messenger: Chats & Calls (Viber Media – Tel Aviv, Israel/Rakuten Viber – Luxembourg)
6) Moovit: Public Transport Live (Moovit App Global – Ness Ziona, Israel)
7) Run Sausage Run! (Crazy Labs – Tel Aviv, Israel)
8) Fooducate (Fooducate – Hod Hasharon, Israel)
Adakah ini bermakna, kita sebagai rakyat Malaysia juga sebenarnya merupakan penyumbang kepada ekonomi Israel?

Sumber:
1) NoCamels.com
Trending now



