0

Treler Baru: ‘Hitman’s Wife’s Bodyguard’, ‘The Forever Purge’ & ‘Venom: Let There Be Carnage’

Hitman’s Wife’s Bodyguard

Gandingan paling pelik di dunia — pengawal peribadi Michael Bryce dan pembunuh upahan Darius Kincaid kembali lagi. Kali ini, isteri Darius iaitu Sonia Kincaid pun turut sama bergabung tenaga dalam misi yang sangat merbahaya di serata dunia.

Dibintangi oleh Ryan Reynolds, Samuel L. Jackson dan Salma Hayek. Turut dibantu oleh Antonio Banderas, Morgan Freeman, Frank Grillo dan ramai lagi.

Tarikh tayangan di Malaysia: 16 Jun 2021 (tertakluk kepada pindaan SOP oleh MKN)
Kredit: Lionsgate

The Forever Purge

Filem ke-5 dan mungkin yang terakhir dalam francais The Purge ini berkisar tentang upacara tahunan sambutan malam tanpa batas undang-undang yang tidak lagi berakhir pada waktu terbit fajar, tetapi mungkin tidak akan berakhir langsung untuk selama-lamanya.

Dibawakan oleh penulis asal dan pencipta francais James DeMonaco. The Forever Purge diarahkan oleh Everardo Valerio Gout dan diterbitkan bersama oleh Jason Blum, Michael Bay serta ramai lagi. Dibintangi oleh Ana de la Reguera, Josh Lucas, Leven Rambin, Will Patton dan lain-lain.

Tarikh tayangan di Malaysia: 1 Julai 2021 (tertakluk kepada pindaan SOP oleh MKN)
Kredit: Universal Pictures

Venom: Let There Be Carnage

Tom Hardy kembali memegang watak Eddie Brock/Venom yang kali ini akan bertembung dengan Cletus Kasady/Carnage.

Pelakon motion capture terkemuka, Andy Serkis menggalas tugas sebagai pengarah. Turut dibintangi oleh Michelle Williams, Naomie Harris dan Stephen Graham.

Tarikh tayangan di Malaysia: 16 September 2021 (tertakluk kepada pindaan SOP oleh MKN)
Kredit: Sony Pictures Entertainment

 

0