Varian COVID-19 Dari India 3 Kali Ganda Lebih Cepat Merebak Berbanding Yang Lain 3

Varian COVID-19 Dari India 3 Kali Ganda Lebih Cepat Merebak Berbanding Yang Lain

1 Mei lalu, media tempatan melaporkan Malaysia telah merekodkan kes pertama kemasukan varian COVID-19 dari India dengan mutasi berganda yang dikenali sebagai B.1.617.1.  Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan mutasi berkenaan dikenal pasti selepas saringan yang dibuat di pintu masuk utama negara dianalisis.

BACA: Bekalan Oksigen Kritikal, India Jangka Bakal Catat Kes Harian COVID-19 Setengah Juta

Mula ditemui & menular di sekurangnya 44 negara dunia

Untuk pengetahuan anda, varian mutasi ini mula ditemui di India pada 27 April lalu dan menurut laporan Inisiatif Global mengenai Perkongsian Semua Data Influenza (GISAID) mendapati ia menular sekurang-kurangnya di 17 buah negara di seluruh dunia tiga hari kemudian. Dan kini ia meningkat kepada 44 buah negara.

Varian COVID-19 Dari India 3 Kali Ganda Lebih Cepat Merebak Berbanding Yang Lain 2

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan mutasi ini mempunyai kadar pertumbuhan virus yang lebih tinggi berbanding varian sedia ada sekaligus dibimbangi menjadi punca utama peningkatan jangkitan secara mendadak dan menyumbang hampir 60% daripada penularan secara besar-besaran di India ketika ini.

Varian lebih bahaya

Pakar virologi dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Yahya Mat Arip memberi amaran varian COVID-19 dari India lebih serius berbanding varian sebelumnya dari segi tempoh penyebaran kerana mempunyai mutasi berganda yang memberi kesan lebih buruk kepada pesakit yang dijangkitinya – transmisi lebih pantas, sebaran yang cepat dan lebih mudah dijangkiti.

Varian COVID-19 Dari India 3 Kali Ganda Lebih Cepat Merebak Berbanding Yang Lain 1

Individu dalam golongan umur 20-40 tahun yang dijangkiti varian sebelumnya biasanya tidak menunjukkan gejala kerana sistem imun yang optimum, namun dengan varian berganda ini mereka tidak terkecuali dalam menunjukkan kesan yang teruk.

Berakhir dengan kematian

Menurut satu hantaran di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), varian mutasi dari India ni bahaya kerana bukan sekadar menyebabkan gejala yang serius tetapi rawatan juga kurang berkesan sehingga seterusnya berakhir dengan kematian.

 

VOC dalam komuniti kita, sila lebih berhati-hati

Negara-negara di seluruh dunia telah mengetatkan peraturan bagi…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, 14 May 2021

Sumber:

  1. Berita Harian
  2. Sinar Harian
  3. KKM