0

Dikecam Teruk Oleh Netizen, Giliran Wonder Woman Pula ‘Koyak’

Ratu Cantik Israel 2004 yang juga pemegang watak Wonder Woman kini telah berjaya membuktikan dirinya bukan sahaja seorang pelakon ‘kayu’, malah juga mempunyai otak yang dungu!

1
Kredit: Warner Bros.

Mempunyai seramai 2.8 juta pengikut di Twitter dan 53.2 juta di Instagram, Gal Gadot yang merupakan seorang aktres kelahiran Israel pada mulanya ingin berlagak pandai dengan memuat naik kenyataan mengenai konflik Israel-Palestin.

“Hancur hati saya. Negara saya kini berada di dalam kancah peperangan. Saya bimbangkan keluarga dan kawan-kawan saya. Saya risaukan rakyat negara saya. Isu ini sudah berlarutan terlalu lama. Israel berhak hidup sebagai negara yang bebas dan aman. Jiran kami juga berhak mendapatkan hak yang sama. Saya berdoa untuk semua mangsa dan keluarga yang terlibat. Saya berdoa agar permusuhan yang tidak berkesudahan ini berakhir dan pemimpin kita dapat mencari jalan keluar supaya kita semua dapat hidup berjiran dengan aman. Saya berdoa untuk pengakhiran bahagia yang bakal tiba satu hari nanti.”

Seperti biasa, kaum Yahudi memang suka berdusta dan memutar belit fakta. Tiba-tiba macam “negara” mereka pula yang sebenarnya menjadi mangsa. Seolah-olah mereka tidak zalim, mereka juga bukanlah punca, tetapi pencinta keamanan dan sering tersepit serta teraniaya oleh pengganas.

Paling menyakitkan hati ialah si Wonder Woman ini langsung tidak mahu mengiktiraf dan menyebut “negara Palestin”. Tetapi hanya cukup sekadar menyatakannya sebagai “jiran kami”. Penuh dengan kebencian, sombong dan bongkak seolah-olah Palestin tidak wujud dan tidak perlu disebut!

Netizen lantas bangkit menyerang Gal Gadot bertubi-tubi sehingga beliau terpaksa menutup ruangan komen di kedua-dua platform. Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai propaganda pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai rejim Zionis.

2
Kredit: Warner Bros.

Sehingga kini, Gal Gadot yang dipercayai pernah tersenarai dan dikerah mengikuti latihan tentera Israel Defense Forces (IDF) selama dua tahun, masih belum membuat apa-apa kenyataan rasmi.

Seorang lagi aktres Hollywood terkemuka kelahiran Israel, Natalie Portman pula dipuji kerana menyokong Palestin. Sebelum ini, Natalie yang merupakan seorang lulusan Universiti Harvard dan pernah memenangi anugerah Oscar pada 2011, pernah menolak untuk menerima anugerah Nobel dan wang tunai AS$2 juta dari Benjamin Netanyahu.

Sama ada Natalie Portman benar-benar jujur atau hanya satu lagi ‘lakonan hebat’ Yahudi semata-mata, tidak dapat dipastikan buat masa ini. Apa-apapun, kenyataan merepek dari Gal Gadot memang tidak boleh dipakai dan beliau amat wajar dikecam. Cuba baca luahan-luahan hati netizen yang sakit hati dengannya ini:

Sumber: News18

#ShameOnIsrael

#IsraelKoyak