
Mariam Afifi, Gadis Alfa Yang Tetap Senyum Saat Ditahan & Dipukul Tentera Israel
Siapa Mariam Afifi yang trending di media sosial?
Menghampiri hari-hari terakhir bulan Ramadan, Palestin diuji dengan serangan bertubi-tubi daripada para tentera Israel.
Rumah mereka dirampas tanpa pembelaan, kumpulan jemaah di Masjid Al-Aqsa diserang tanpa belas kasihan dan sebagainya.
Ramadan berdarah buat jemaah di Al-Aqsa apabila diserang tentera Israel.
Posted by ODISI on Friday, 7 May 2021
Ratusan dilaporkan cedera, angka korban semakin meningkat seiring dengan gerakan menghalau warga Palestin yang mendiami kawasan Sheikh Jarrah.
Ramai yang keluar berprotes, namun satu susuk gadis menarik perhatian ramai susulan daripada senyuman yang dilemparkan kepada kamera biarpun pada ketika itu beliau ditangkap secara brutal dan dikawal tentera Israel yang bersenjata.
Meet Mariam Afifi, the alpha girl who is smiling while she is arrested by Israeli security forces pic.twitter.com/wjN6bSzPZd
— TRT World (@trtworld) May 9, 2021
Mariam al-Afifi dikatakan cuba membantu seorang gadis lain yang diperlakukan secara kasar oleh tentera Israel.
Namun beliau pula ditahan.
Tiada satu pun air mata yang keluar. Sebaliknya Mariam dengan tegas bertanyakan kepada tentera yang menahannya dengan soalan yang bertubi-tubi.
Apa salah saya?
Saya ditahan hanya kerana membela wanita yang dipukul?
Sebab itulah saya ditangkap?
Hanya kerana membela orang-orang yang diusir dari rumah mereka sendiri?
Apa yang anda rasakan?
Saya tahu anda seorang manusia dan mungkin ada keluarga dan anak-anak.
Adakah anda mahu anakmu membesar dengan membela orang yang salah? Membela penindas?
Adakah ini yang anda mahukan sejak anda kecil? Sejak anda kanak-kanak?
Membela pihak yang salah, ini yang anda mahukan?
Ketika anda masih kanak-kanak dan membesar dengan impian besar, ini yang anda inginkan? Berada di posisi penindas?
“Do you want your kids to grow up defending the side of the oppressors?”
Jews around the world must contemplate this question, which Mariam Afifi asked the Israeli officer who arrested her last night.
JVP is building Jewish community beyond Zionism. Join us.#SaveSheikhJarrah pic.twitter.com/zkAMeBrU6Q
— Jewish Voice for Peace (@jvplive) May 9, 2021
Mariam kemudiannya dilaporkan telah dibebaskan.
Trending now



