Cara Buat Sampul Duit Raya TikTok

Tak Ada Sampul Duit Raya? Gadis Ini Ajar Cara Buat Sendiri Di Rumah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Cara Buat Sampul Duit Raya Sendiri Di Rumah.

Menjelang Aidilfitri selalunya kanak-kanak adalah insan paling gembira disebabkan kutipan duit raya.

Ramai menganggap pemberian duit raya sebagai satu ‘kewajipan’ selepas tradisi itu semakin subur dibudayakan dalam masyarakat setiap kali menjelang hari raya.

Pemberian duit raya boleh dianggap sedekah, iaitu ibadat yang besar pahalanya dan mampu mengeratkan silaturahim. Selain itu, pemberian duit raya dilihat sebagai amalan yang membuka pintu rezeki.

Sebagai pemberi duit raya, pasti pernah mengalami situasi cemas apabila sampul duit raya telah habis digunakan atau esok sudah raya tapi tidak sempat membelinya.

Sebagai pemberi, pasti terdetik untuk mendapatkan sampul duit raya yang cantik corak dan grafiknya.

Banyak sampul duit raya mempunyai grafik tidak menarik dan hanya mengandungi ucapan selamat hari raya semata-mata.

Kita perlu menukar minda supaya golongan penerima sampul raya tidak sekadar melihat isinya (duit), tetapi mendapat maklumat tertera pada sampul duit terbabit.

Cara Buat Sampul Duit Raya TikTok
Sumber: Rojak Daily

Bagaimana? Mudah sahaja dengan cara anda membuat sampul duit raya sendiri. Tambahan pula, ia sememangnya jimat dan anda boleh hasilkan kreativiti sendiri.

Perkongsian daripada pengguna TikTok @lunariaa.co mengenai membuat sampul duit raya sendiri mendapat perhatian ramai.

Video pendek itu telah mendapat lebih 40 ribu tontonan dan dua ribu sukaan setakat ini.

Menerusi video TikTok itu, gadis tersebut mengajar cara-cara untuk mencetak sampul duit raya dan sememangnya ia amat mudah.

Hanya memerlukan kerta tebal jenis 135gsm dan printer berwarna, boleh ambil corak sampul duit raya yang cantik dan percuma ini!

Boleh ikuti tutorial cetak sampul duit raya di sini.

@haidahssn

komen 🌸 satu kaley kalau korang nak haidah upload macam2 design sampul duit raya yang tinggal print je, yang penting FREE jeee #sampulduitraya #canva

♬ original sound – Nurizyan.yan – Nurizyan.yan

Selamat mencuba!

BACA: Tak Sempat Tukar Duit Raya? Jom Ke ATM Maybank Terpilih Berdekatan Anda

Sumber: TikTok