Indonesia Beri Amaran Rakyatnya Jangan Jadi Malaysia

‘Duduk Rumah Jika Tidak Ingin Jadi Seperti Malaysia’ – Menteri Indonesia Nasihat Rakyatnya

Jika dahulu kita berbangga diiktiraf antara terbaik yang mengawal pandemik COVID-19, kini situasi bagaikan terbalik apabila Kementerian Kesihatan Indonesia menjadikan Malaysia dan India sebagai pengajaran buat rakyatnya.

BACA: Youtuber Ini Kecewa Facebook Sekat Video Puji Kecekapan Malaysia Tangani COVID-19

Amaran itu muncul selepas keadaan penularan wabak di negara itu kian stabil menjelang Hari Raya, sedangkan Malaysia dan India kini mengalami peningkatan kes walaupun telah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di beberapa negeri.

“Belajar dari India dan Malaysia, kita tentunya tidak ingin Indonesia mengalami hal yang sama.

“Masyarakat diimbau untuk semakin ketat menerapkan protokol kesihatan 3M dan mengurangi mobilitas ke luar rumah apabila tidak mendesak,” ciapnya di akaun Twitter kementerian negara itu.

3M merujuk kepada SOP pemakaian pelitup muka, cuci tangan dan penjarakan fizikal.

Ciapan itu turut berkongsikan kenyataan daripada Menteri Kesihatan Indonesia, Dr Siti Nadi Tarmizi yang memberitahu antara faktor penyebab lonjakan kes di Eropah dan India adalah kerana adanya mobiliti (pergerakan) tinggi dan varian baharu.

Ia sebagai nasihat kepada rakyatnya untuk kekal berada di rumah dan tidak mengadakan perjalanan pulang ke kampung.

Indonesia mengumumkan lebih awal pada 26 Mac lalu yang melarang penduduknya melakukan tradisi mudik lebaran mulai 6 hingga 17 Mei.

Indonesia Beri Amaran Rakyatnya Jangan Jadi Malaysia

Presiden Joko Widodo berkata, larangan itu dibuat melalui pertimbangan matang berdasarkan pengalaman tahun lalu yang menunjukkan kenaikan kes Covid-19 sepanjang empat kali libur panjang.

Difahamkan, dua bulan terakhir menunjukkan penurunan kes di Indonesia iaitu dari 14,000 pada awal tahu 2021 menjadi sekitar 4,000 hingga 6,000 sehari.

Melihat saiz populasi, Malaysia mempunyai 100 kes daripada sejuta penduduk manakala Indonesia mempunyai 18 kes daripada sejuta penduduknya.

Sumber: BebasNews